Malaysia perlu bergerak ke arah sisa sifar, bukan insinerator
CAP kecewa dengan kerajaan Malaysia yang meneruskan cadangan pembinaan insinerator untuk melupuskan sisa. Insinerator menunu dan membazirkan sumber berharga, melepaskan gas dan sisa toksik, menimbulkan beban kewangan kepada orang awam, bersaing dengan program pencegahan pembaziran dan kitar semula yang mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memanfaatkan ekonomi tempatan.
Jangan biarkan Sungai Juru mati akibat pencemaran
CAP menggesa pihak berkenaan memberi perhatian serius dan mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan Sungai Juru daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini mati akibat pencemaran. Walau pun sudah 40 tahun sungai tersebut diancam masalah itu namun hingga sekarang tidak ada tanda-tanda menunjukkan keadaan ini berkurangan malah semakin membimbangkan penduduk setempat.
CAP gesa hentikan import produk ubah suai genetik
CAP menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan moratorium ke atas semua produk Ubah Suai Genetik (GM) yang diimport ke negara ini bagi makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Gesaan ini dibuat berikutan hasil kajian terbaharu yang mendedahkan bahawa penggunaan meluas racun rumpai Roundup dan jagung GM NK603 yang toleran kepada Roundup (ditanam dengan atau tanpa Roundup), memberi kesan yang serius terhadap kesihatan.
Bertahan daripada perampasan bank
Dalam keadaan ekonomi yang suram ini, ketika pengguna berdepan dengan tekanan kewangan, terdapat peningkatan risiko kegagalan membayar pinjaman perumahan dan ini akan membawa kepada perampasan oleh pihak bank.
Bagaimanapun, proses perampasan itu tidak semestinya akan memusnahkan sama sekali kewangan peminjam jika mereka mengetahui dan melaksanakan hak mereka di bawah undang-undang.
300 nelayan kecil Kota Kuala Muda terjejas mata pencarian
Sungai Dedap diancam racun mahluk perosak
Lebih kurang 300 nelayan kecil di empat buah kampung di Kota Kuala Muda, Kedah terjejas mata pencarian mereka berikutan ancaman pencemaran racun makhluk perosak yang melanda Sungai Dedap di tempat itu.