Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP dan SAM gesa prokek akuakultur di Penaga dibatalkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang membatalkan rancangan pelaksanaan projek akuakultur di Penaga daerah Seberang Perai Utara (SPU) kerana ia boleh mengancam alam sekitar serta kehidupan penduduk tempatan. Pada masa yang sama projek itu juga akan memusnahkan hutan paya bakau, mencemarkan laut, mengancam sumber perikanan dan mata pencarian nelayan serta mendedahkan penduduk-penduduk di sini dan kawasan sawah berhampiran kepada ancaman ribut, tsunami dan air masin.

Hukum dan senaraihitamkan pemaju yang merosakkan tanah Bukit Relau

alt

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan laporan  akhbar  yang  menyebut  bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menerima lampu hijau dari pejabat timbalan pendakwaraya awam untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membersihkan tanah secara haram di Bukit Relau.

Jangan musnahkan hutan bakau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri dan Jabatan Hutan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang tegas ke atas pihak yang terlibat dengan kegiatan memusnahkan hutan paya bakau di Kuala Jalan Bharu Balik Pulau di sini dengan segera.

Kegiatan pembalakan di hutan simpan kekal Bukit Perangin

Kehidupan petani terjejas

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kegiatan pembalakan yang berlaku di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin dekat Changlun, Kedah kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk di kawasan ini.

Adakah paras Hidrogen Sianida di Bukit Koman benar-benar selamat?

Sahabat  Alam Malaysia (SAM) menyoal Jabatan Alam Sekitar  (JAS) sama ada kandungan dan paras hidrogen sianida (HCN) dalam udara di Bukit Koman, Raub, Pahang yang diisytiharkan selamat oleh JAS adalah benar-benar selamat dan tidak akan menjejaskan kesihatan mereka yang terdedah kepada bahan pencemar ini.

Kegiatan bot pukat sorong dan pukat buaya semakin aktif

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan Kedah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah bot pukat sorong dan pukat buaya yang semakin aktif beroperasi di daerah Yan ketika ini.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt