Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pemahaman Yang Lebih Baik Berhubung Serangga Bermanfaat Penting Untuk Pertanian Lestari

alt

Oleh N. Selvam

Penggunaan racun makhluk perosak amat berleluasa di ladang di Malaysia sehingga ke tahap hampir semua serangga bermanfaat lenyap dari ladang. Kunjungan ke beberapa ladang dan seterusnya perbincangan dengan petani Malaysia mendedahkan keadaan ladang Malaysia yang amat menyedihkan. Petani terpaksa menggunakan racun makhluk untuk menghapuskan masalah makhluk perosak.

Akibat sikap petani yang tidak mengambil peduli terhadap kepentingan serangga bermanfaat, mereka menyembur racun makhluk perosak di ladang mereka yang membawa kepada lenyapnya serangga bermanfaat bersama dengan makhluk perosak.

 

CAP Gesa #BetterDigitalWorld (Dunia Digital yang Lebih Baik) 2017

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa #Dunia Digital yang Lebih Baik dalam memastikan keselamatan pengguna Internet sempena dengan tema Hari Pengguna Sedunia sepertimana yang dicadangkan oleh Consumers International, “Hak Pengguna dalam Zaman Digital”.

Dalam dunia digital hari ini, semuanya di hujung jari. Bagaimanapun, sebagai pengguna adakah kita pasti keselamatan “kesejahteraan” kita dalam dunia digital? Sejak beberapa tahun lepas, terdapat banyak kes daripada penipuan dalam talian, pencurian data hinggalah kepada menjadi hab bagi aktiviti tidak bermoral walaupun usaha yang berterusan daripada kerajaan dan badan lain untuk memastikan keselamatan siber sepenuhnya.

SISA BUANGAN JEJAS KEINDAHAN PULAU LANGKAWI – SAM

Longgokan sampah di tempat pelupusan sampah di Kilim, Pulau Langkawi.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sisa buangan yang menjejaskan alam sekitar dan keindahan pulau tersebut ketika ini.

Meracuni Dunia Dengan Racun Perosak: Gelombang Kedua “Silent Spring”

alt

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa racun perosak masih digunakan dengan meluas di ladang, mengancam ekosistem semula jadi dan persekitaran ladang kita. Sebagai pengguna, kita bukan sahaja perlu berasa bimbang mengenai sisa racun perosak dalam makanan tetapi pencemarannya yang meluas dan meracuni dunia.

Malaysia Perlu Menarik Diri Daripada TPPA, Demikian Menurut CAP

Berdasarkan kepada perkembangan terbaharu berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Malaysia perlu menarik diri daripada perjanjian itu. Malaysia juga perlu menghentikan pelaksanaan perubahan dalam dasar dan undang-undang negara yang dilakukan untuk mematuhi TPPA. Kerajaan juga sepatutnya tidak terburu-buru melakukan rundingan perjanjian perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat.

Perintah eksekutif Presiden Donald Trump untuk Amerika Syarikat menarik diri daripada TPP secara tidak langsung telah membunuh TPPA itu sendiri.

ATASI SEGERA MASALAH PENCEMARAN DI PARIT-PARIT JPS, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Keadaan Parit Paya Mahang yang hitam di kawasan Simpang Empat.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak-pihak yang berkenaan memantau dan mengatasi masalah pencemaran parit-parit kawalan JPS yang dilihat semakin ketara pencemaran airnya pada ketika ini.

Antara parit-parit yang didapati tercemar adalah Parit D3 (Parit Paya Mahang B), Parit A3/PT.SIAM A3, Parit E2 (Parit Kg.Baru B) dan beberapa parit lagi sekitar kawasan Seberang Perai Selatan (SPS). Parit-parit tersebut dapat dilihat dengan jelas dari jalan besar dan melalui Lebuhraya Utara Selatan di susur masuk plaza tol Batu Kawan. Selainnya kena menyelusuri jalan ban melalui Sungai Bakap, Batu Kawan, Bukit Tambun, Simpang Ampat (Daerah SPS) serta Mukim 12, Jalan Kebun Baru dan Jalan Ban Sungai Sembilang, Juru (Daerah SPT).

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt