Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Selamatkan Biji Benih Kita dari Kawalan Korporat

Biji benih merupakan input paling penting bagi petani. Sejak beribu tahun komuniti ladang meneliti, memilih, memelihara, membiak dan menyimpan biji benih untuk semaian seterusnya. Malangnya, dalam beberapa abad lalu terdapat kemerosotan mendadak dalam kepelbagaian biji benih di peringkat global, yang mana Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melaporkan pada 2010 bahawa 75% kepelbagaian tanaman dunia telah pun lenyap.

Hakisan kepelbagaian-bio (biodiversiti) pertanian sebahagian besarnya berpunca daripada perniagaan industri-pertanian dan dasar yang menyokongnya. Petani kini membeli banyak input penting pertanian, sedangkan sebelum ini input dihasilkan dan dikitar semula dalam lingkungan ladang. Kawalan korporat ke atas biji benih amat membimbangkan kerana ia mengancam untuk menjadikan pertanian tebusan kepada kepentingan perniagaan besar. Menurut La Via Campesina, sebuah Pergerakan Petani Antrabangsa dan GRAIN, sebuah NGO yang giat dalam isu biji benih, hanya 10 syarikat terlibat bagi 55% daripada pasaran biji benih global Antaranya ialah Monsanto, Dow, Dupont dan Syngenta.

 

RUMAH SEWA ADALAH JALANNYA

Terasa beban di sebabkan oleh peningkatan kos sara hidup? Jangan lupa pula dengan masalah perumahan. Pada masa ini, apa yang dipanggil ‘rumah mampu milik’ berharga daripada RM100,000 hingga RM400,000; di luar kemampuan kelas pekerja terutamanya bagi generasi muda. Tambahan pula, kebanyakan perumahan yang ada lebih tinggi harganya manakala rumah yang berharga murah amat terhad bilangannya untuk dibeli oleh majoriti penduduk yang lebih besar.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) percaya terdapat pelbagai kejayaan skim perumahan awam yang Malaysia boleh laksanakan atau menyesuaikannya dengan keperluan penduduk tempatan. Meskipun CAP difahamkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) menimbang untuk melaksanakan idea perumahan sewa di Jerman, terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan.


Atasi Pencemaran Plastik, Galakkan Sisa Sifar di Rantau ASEAN

Sempena sambutan 50 tahun Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang disambut bulan ini, pertubuhan alam sekitar menggesa pertubuhan serantau ini bertindak terhadap pencemaran plastik di rantau ini.

“Negara anggota ASEAN boleh menghentikan pencemaran plastik dan melindungi lautan kita dengan menggubal dasar yang akan mengurangkan penggunaan plastik guna buang, melindungi sempadan rantau ini daripada menjadi tempat longgokan sisa dan teknologi pengurusan sisa yang mencemarkan dari negara lain, dan melaksanakan penyelesaian mesra alam berkesan  terhadap krisis sisa,” kata Von Hernandez, Penyelaras Global Pergerakan Break Free From Plastic (BFFP).

Menteri Pertanian melancarkan Projek Pertanian Bandar CAP

Dorongan Diperlukan untuk Menggerakkan Pertanian Bandar

Ucapan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohd Idris, di perlancaran Projek Pertanian Bandar CAP

Pertanian bandar semakin berkembang di seluruh dunia, sama ada diusahakan secara sendiri mahupun secara komuniti. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kerajaan Malaysia untuk mempertingkatkan sokongan kepada komuniti dan individu untuk bergerak ke arah mengusahakan tanaman makanan di bandar.

Pertanian bandar dan pinggir bandar adalah dalam bentuk penanaman sayur di belakang rumah, di atas bumbung dan di balkoni. Mengusahakan tanaman secara komuniti pula dilakukan di kawasan kosong, lapang atau taman, menanam pokok di tepi jalan dan ternakan dibiarkan meragut rumput di kawasan terbuka. Kira-kira 15% daripada makanan dunia dilaporkan kini diusahakan di kawasan bandar.

Undang-undang Tanda Harga Mesti Dikuatkuasakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  supaya menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8 (1) yang memerlukan peniaga mempamerkan tanda harga barangan yang dijual.

CAP GESA MASALAH PETANI PADANG TERAP DITANGANI SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membina sistem saliran yang sempurna di kawasan sawah seluas 500 hektar di Mukim Padang Terap dekat Kuala Nerang di sini.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Lubuk Labi, Kampung Tanjung, Kampung Padang Gelanggang, Kampong Pok dan Kampung Tanah Merah.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt