Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hapuskan Makhluk Perosak Dengan Kaedah Biologi

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan mempergiatkan kaedah biologi kepada pesawah di negara ini bagi mengawal ancaman makhluk perosak ke atas tanaman padi mereka.

Kaedah biologi bukan saja boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang malah para pesawah juga tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli racun dan dapat menghindarkan diri mereka dari mengalami masalah kesihatan.

Tindakan Tegas Diperlukan Terhadap Penderaan Haiwan

Kemunculan berterusan berita mengenai penderaan haiwan di dalam media massa dan sosial memerlukan perhatian serius daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Bilangan kes kekejaman terhadap haiwan amat mengejutkan berlaku dengan agak tidak terkawal itu hanyalah sejumlah kecil daripada yang sebenarnya memandangkan kebanyakan kes tidak pernah dilaporkan.

Kekejaman dan pengabaian ini meliputi semua sempadan sosial dan ekonomi bersama dengan laporan media yang menyarankan bahawa penderaan haiwan menjadi perkara biasa di kawasan bandar dan luar bandar

Kekalkan MAVCOM untuk melindungi hak pengguna

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menggabungkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

SAM mengalu-alukan usaha kerajaan Negeri Kedah untuk melindungi Hutan Simpan Ulu Muda

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan usaha yang diambil oleh kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta dari kerajaan Persekutuan kerana memelihara Hutan Simpan Ulu Muda di Sik sebagai kawasan hutan tadahan air untuk kegunaan domestik dan pertanian.

Menurut laporan media, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, telah menyebut dalam sidang DUN Kedah bahawa kerajaan Negeri telah berunding dengan Kementerian Sumber Asli bagi mendapatkan pampasan untuk  mengekalkan kawasan  tadahan tersebut.

Kita berada dalam Skim Cepat Kaya HANYA UNTUK 1 PERATUS

Kita bercakap mengenai ekonomi, undang-undang, perancangan dan sistem lain yang memihak kepada golongan kaya dan meminggirkan golongan miskin. Ini juga termasuk pembangunan, infrastruktur, tebus guna tanah dan projek lain. Penduduk dan kehidupan terpaksa berpindah dan orang asal kehilangan tanah mereka dan sebagainya.

Ini membawa kepada ketaksamaan, penderitaan dan keganasan. Semuanya dengan mengorbankan majoriti, perubahan iklim dan alam sekitar. Dan kita masih dalam skim perkara ini.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt