Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penduduk Sg. Pinang resah diancam banjir kilat

Lima keluarga di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang resah kerana kampung mereka sering dilanda banjir kilat ketika hujan.

Masalah yang serius berlaku sejak empat tahun yang lalu ini bukan saja menjejaskan keselesaan penduduk terbabit malah peralatan dalam rumah juga banyak yang rosak.

CAP Gesa Tanah Sawah Di Kampung Ewa, Langkawi Dipulihkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pertanian Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera membantu 30 petani di Kampung Ewa, Pulau Langkawi memulihkan tanah sawah yang tidak dapat diusahakan dan terbiar sejak tiga tahun yang lalu.

Keadaan ini berlaku kerana tanah sawah seluas 100 ekar di kampung tersebut tidak mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi untuk mengairi tanaman padi di kawasan itu.

Haramkan Penggunaan Hidupan Liar dalam Semua Aktiviti Berkaitan Manusia

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat sedih dan terkejut mendapati satu lagi kematian tragik seekor haiwan Jaguar di tangan tentera. Kematian tidak perlu jaguar, gorila Harambe, pembunuhan buaya di pusat peranginan Disney Orlando, Florida, singa di zoo Chile dan banyak lagi haiwan liar lain yang dieksploitasi telah mencetuskan kecaman antarabangsa, malangnya eksploitasi haiwan liar berterusan.

SAM mengutuk insiden susulan tembakan yang membunuh Jaguar itu dan menggesa diharamkan mempamerkan haiwan separuh jinak sama ada untuk mengagungkan tentera, Olimpik, penggunaan dalam iklan atau sebarang aktiviti manusia.

Hentikan Segera Eksport Pasir: Pemeliharaan Alam Semulajadi Malaysia Juga Penting

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut membaca berita terbaharu Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 29 Oktober yang melaporkan ketibaan konsainmen pertama pasir Malaysia di Pelabuhan Thoothukudi di negeri Tamil Nadu, India.

Eksport pasir itu diteruskan walaupun terdapat bantahan dan kritikan daripada beberapa NGO di Malaysia, apabila isu itu didedahkan kepada orang ramai beberapa bulan yang lalu. SAM telah menulis kepada beberapa Kementerian untuk mendapatkan penjelasan berhubung eksport pasir dari Malaysia, tetapi masih belum menerima maklum balas berhubung perkara itu.

SAM bantah kegiatan di Hutan Simpan Bukit Enggang

Tinjauan SAM dan penduduk di lapangan berlatar belakang sebahagian HS Bukit Enggang yang di gondol.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah kegiatan pembalakan secara tebang habis seluas 500 hektar untuk tujuan projek ladang hutan (atau dikenali sebagai penanaman secara monokultur dalam Hutan Simpanan Kekal) di sebahagian Hutan Simpan Bukit Enggang (HS Bukit Enggang [Kompartmen 12, 13, 14 dan 15]).

Kegiatan usahasil (pembalakan) secara tebang habis dirian pokok hutan asal yang tidak terkawal telah menyebabkan kebanyakan struktur alur air dan anak sungai di kawasan yang dilesen terhakis dan berlaku pemendapan sedimen.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt