Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Majlis Bandaraya Perlu Tangani Masalah Parkir Kereta Yang Tidak Berkesudahan

Penduduk Pulau Pinang kini berhadapan dengan masalah dalam mencari ruang letak kereta awam di kawasan komersial memandangkan banyak daripadanya diambil oleh pekerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang, biasanya lebih daripada lapan jam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya memperkenalkan Peraturan untuk mengehadkan waktu seseorang itu boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam, contohnya tidak lebih daripada dua jam. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda. Ia hanya akan berlaku adil kepada mereka yang berurusan bagi kurang daripada dua jam.

Beruntungnya jika melanggar undang-undang di Malaysia

Pemberian diskaun bagi saman yang tertunggak boleh memberikan tanggapan yang salah mengenai perbuatan melanggar undang-undang... kerana ia boleh dikatakan menguntungkan, sekurang-kurangnya di Malaysia. Misalnya, media melaporkan sebuah syarikat milik persendirian telah membayar saman yang tertunggak berjumlah RM500,000 selepas diberi diskaun 70 peratus berikutan kemurahan hati kerajaan.

Longkang di Balik Pulau dipenuhi semak samun

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah longkang yang tidak dibersihkan berhampiran terminal bas Rapid Penang di Balik Pulau di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati keadaan longkang di tempat itu semakin cetek dan ditumbuhi rumput serta dipenuhi semak samun.

Perkenal Semula Cukai Pewarisan dan Sesuaikan Cukai Tertentu yang Sedia Ada Untuk Membantu Merapatkan Jurang Antara yang Kaya dan Miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan pengumuman awal oleh Menteri Kewangan malah sebelum dialog belanjawan yang dijadualkan pada 27 Jun 2019, bahawa cukai pewarisan tidak akan dilaksanakan.

Ini hanya akan menyumbang kepada ketaksamaan yang lebih buruk antara mereka yang kaya dan miskin. Banyak kerajaan diketahui menangani masalah ini dan mengambil langkah untuk mengenakan cukai pewarisan untuk menanganinya.

Kementerian Pengangkutan perlu dapatkan fakta yang betul mengenai MAVCOM

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dalam temubual “candid” dengan akhbar The Edge jelas bukan “candid” dan cuma berdasarkan pemahaman yang lemah mengenai peranan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji MAVCOM kerana memberi penjelasan mengenai fakta kurang tepat yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan sungguhpun ini merupakan masa “huru-hara” bagi Suruhanjaya.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt