Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jangan beri konsesi dalam rundingan TPP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal bahawa rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), masih dilangsungkan. Mesyuarat perunding yang turut melibatkan Ketua Perunding negara-negara TPPA akan diadakan di Kanada pada 3 – 12 Julai 2014. Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk berdiri teguh terhadap semua posisinya semasa mesyuarat tersebut dan mengukuhkan posisi selanjutnya, selaras dengan Garisan Merah bagi isu-isu yang dikemukakan kepada kerajaan oleh pertubuhan masyarakat awam termasuk CAP.

Kami difahamkan bahawa dalam pertemuan di Kanada nanti, isu-isu yang mungkin dirundingkan termasuk harta intelek (IP), pelaburan, perusahaan milik negara (state owned enterprise - SOE) dan kemungkinan pengecualian untuk kawalan tembakau. Setiap satu daripada isu-isu ini sangat sensitif, di mana terdapat kepentingan yang tinggi untuk Malaysia.

 

Bab Privasi dan E-Dagang TPP

Dalam rundingan semasa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) melibatkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, AS telah membuat cadangan dalam bab E-Dagang. Memandangkan rundingan ini adalah rahsia, kami hanya mendapat laporan berita tentang apa yang AS cadangkan. Ini termasuklah aliran bebas maklumat melepasi sempadan dan tiada  keperluan pelayan (server) tempatan. [1]

Negara-negara mungkin mempunyai beberapa alasan kenapa mereka mahu menyimpan data sensitif dalam pelayan tempatan di mana ia boleh dilindungi di bawah undang-undang privasi tempatan mereka. Ini berupa data cukai warganegara, [2] rekod penjagaan kesihatan, [3] maklumat kewangan dan sebagainya.

CAP Gesa Kerajaan Agar Tidak Membuat Konsesi Dalam Rundingan TPP Yang Akan Datang

Lawatan Obama tidak memberi jaminan bahawa permintaan Malaysia akan ditunaikan.
 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang bahawa walaupun tiada tanda-tanda bahawa Amerika Syarikat akan dapat memberi jaminan ia boleh berdiri teguh dengan mana-mana urus janji yang dibuat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), rundingan TPPA masih akan dilangsungkan berturut-turut dalam dua minggu yang akan datang.

Malaysia Jangan Tunduk Kepada Amerika Syarikat Berhubung TPPA

alt

CAP gesa Malaysia menarik diri daripada TPPA

Presiden Obama akan melawat Malaysia esok (26 April), sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi mengulangi gesaan agar Perdana Menteri tidak membuat sebarang konsesi terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan antara Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan 10 negara lain. Ini amat penting sekali.

CAP gesa Perdana Menteri menarik diri dari Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ketika lawatan Obama

Atau sekurang-kurangnya tidak menawarkan  sebarang konsesi kepada Presiden Amerika Syarikat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  menggesa Kerajaan supaya memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (USA), Barack Obama, bahawa Malaysia akan menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) apabila beliau  berkunjung ke Malaysia hujung minggu ini.

Nelayan Pantai Yan Diancam Bot Pukat Siput

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan Kedah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi ancaman bot pukat siput ke atas nelayan pantai daerah Yan ketika ini. Masalah itu telah menyebabkan sumber pendapatan lebih 300 nelayan pantai di daerah tersebut  terjejas teruk.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt