Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Kecewa Dengan Perkhidmatan Feri

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut dengan perkembangan terbaharu bahawa empat feri terakhir yang berkhidmat dibawa ke bengkel atas “alasan teknikal”, menyebabkan beribu penumpang feri terkandas, yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan feri. Hanya pada akhir Julai lepas apabila lima feri tidak berfungsi dan penumpang terpaksa menunggu kira-kira sejam untuk menaiki feri.

SUMBER PERIKANAN NEGARA DIANCAM KEPUPUSAN

Anak ikan musnah akibat penggunaan pukat tunda.

Sektor perikanan di Malaysia ketika ini semakin malap berikutan ancaman ke atas hidupan laut yang berterusan sejak lebih 40 tahun yang lalu. Keadaan yang membimbangkan itu bukan saja melibatkan jumlah pendaratan ikan yang berkurangan tetapi juga keluhan dan rintihan puluhan ribu nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat kemerosotan hasil tangkapan.

Namun begitu sehingga kini tidak ada tindakan berkesan yang diambil ke atas punca-punca yang boleh membawa padah kepada salah satu sektor penting yang membekalkan keperluan protein.

Kami tidak Pernah Undi Peraturan Korporat

PERATURAN KORPORAT GLOBAL. Kenapa Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (CPTPP) tidak sepatutnya diratifikasi oleh Malaysia.

Percambahan perjanjian perdagangan bebas; perjanjian dua hala dan antarabangsa; dan Pertubuhan Perdagangan Dunia mendapat tempat dalam era peraturan korporat.

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil membantah ratifikasi Perjanjian Perdagangan Trans-pasifik (CPTPP)

Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah secara konsisten ingin mengingatkan Kerajaan Malaysia tentang implikasi serius kepada negara akibat daripada daripada perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang buat masa ini hanya menangguhkan secara sementara 22 daripada lebih daripada 1000 syarat yang kebanyakannya adalah peninggalan perstujuan oleh Amerika Syarikat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ini; dimana mereka sendiri telah menarik diri darinya.

Kumpulan Masyarakat Sivil Bantah Ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP)

Pelbagai pertubuhan yang berjuang bagi pengguna, kesihatan awam, perusahan kecil dan sederhana, petani dan alam sekitar menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kerajaannya untuk tidak meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP).

Kumpulan ini terus mengemukakan kebimbangan kepada kerajaan mengenai implikasi negatif yang serius berhubung CPTPP bagi Malaysia. Perjanjian ini meliputi hampir setiap aspek ekonomi negara terutama sekali Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang amat kontroversi sehingga mencetuskan bantahan di seluruh negara daripada 2014 hingga 2016. Ketika Amerika Syarikat menjadi penyokong utama bahagian TPPA yang bermasalah itu menarik diri, hanya 22 daripada lebih 1000 peruntukan digantung.

Penumpang Feri Alami Kesulitan Disebabkan Ketidakcekapan Rapid Feri

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan bagaimana Rapid Feri beroperasi, tanpa memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan jadual sebelum ini daripada dua perjalanan sejam kepada satu perjalanan sejam. Ia jelas kurangnya perancangan dan tidak berpandangan jauh, menyebabkan kesulitan kepada pengguna kenderaan dan pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri.

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebanyak enam feri yang digunakan untuk perjalanan antara Pulau Pinang dan Butterworth dikurangkan kepada hanya satu beroperasi tanpa sebarang sokongan, memandangkan pengangkutan amat penting bagi penumpang terutama sekali pejalan kaki yang tidak mempunyai pilihan pengangkutan alternatif. Apa yang dilakukan oleh pengendali pekhidmatan feri memberikan kesan besar kepada penumpang yang akan terlewat ke pejabat, temu janji, atau terlepas keretapi dan bas.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt