Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

BERJIMAT CERMAT DALAM BERBELANJA UNTUK PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin bukan hanya mengenai peningkatan mendadak dalam harga pelbagai barangan keperluan sekolah tetapi juga bagaimana ibu bapa cenderung untuk memanjakan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam baharu dan keperluan sekolah lain apabila sekolah dibuka semula.

Ibu bapa perlu berjimat cermat dengan perbelanjaan mereka ke atas keperluan sekolah, lebih-lebih lagi terutamanya dengan harga pakaian seragam sekolah semakin meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lepas sepertimana yang ditunjukkan oleh tinjauan kami di kedai dan pasar raya di Pulau Pinang.

Malaysia Tidak Seharusnya Tunduk Kepada TPP Baharu

Dalam beberapa hari lagi, Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membuat keputusan besar bagi pihak Malaysia sama ada untuk menyertai negara lain untuk menghidupkan kembali dan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) baharu tanpa Amerika Syarikat (AS).

Mereka akan bermesyuarat di Danang, Vietnam, di mana 11 negara TPP yang masih kekal (termasuk Malaysia) akan bertemu untuk bersetuju terhadap teks baharu TPP, yang mana mereka berharap akan ditandatangani di Danang oleh pemimpin politik dalam beberapa hari ini.

Hentikan Segera Eksport Pasir: Pemeliharaan Alam Semulajadi Malaysia Juga Penting

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut membaca berita terbaharu Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 29 Oktober yang melaporkan ketibaan konsainmen pertama pasir Malaysia di Pelabuhan Thoothukudi di negeri Tamil Nadu, India.

Eksport pasir itu diteruskan walaupun terdapat bantahan dan kritikan daripada beberapa NGO di Malaysia, apabila isu itu didedahkan kepada orang ramai beberapa bulan yang lalu. SAM telah menulis kepada beberapa Kementerian untuk mendapatkan penjelasan berhubung eksport pasir dari Malaysia, tetapi masih belum menerima maklum balas berhubung perkara itu.

Undang-undang Tanda Harga Mestilah Dikuatkuasakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) yang memerlukan peniaga mempamerkan tanda harga bagi barangan untuk dijual.

Tinjauan berulang kali kami di sekitar Pulau Pinang menunjukkan kebanyakan peniaga secara terbuka melanggar Akta Kawalan Harga. Hasil tinjauan kami adalah seperti berikut:

Pelaku kesalahan utama adalah gerai di mana harga minuman dan makanan yang dijual di gerai tidak mempunyai senarai harga atau tanda harga yang dipamerkan.

Katakan TIDAK Kepada Pesta Arak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpandangan bahawa Oktoberfest, pesta arak Jerman tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali dan kami tetap teguh dengan pendirian ini.

Kami melancarkan kempen antialkohol di seluruh negara sejak 1988 untuk menangani masalah ini daripada pelbagai sudut yang berbeza. Usaha berterusan yang tidak pernah kenal penat lelah ini dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menulis surat dan memo kepada pihak berkuasa, memujuk mereka supaya mengambil tindakan terutama sekali dalam bentuk perundangan yang lebih berkesan.

Perkenalkan Semula Cukai Pewarisan dan Ubah Suai Cukai Tertentu yang Sedia Ada untuk Membantu Merapatkan Jurang Antara Golongan Kaya dan Miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan beberapa perkara berhubung cadangan kemungkinan cukai pewarisan yang akan diperkenalkan semula (NST, 29 Ogos 2017: MOF deny rumours of inheritance tax in BUDGET 2018).

Dilaksanakan dengan betul, cukai pewarisan (serta bentuk percukaian lain yang berkaitan seperti cukai kekayaan, cukai keuntungan modal dan cukai hadiah) menyediakan ruang penting untuk tabungan negara daripada golongan yang amat kaya dan bukannya daripada golongan berpendapatan rendah.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt