Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kerajaan perlu mengiktirafkan hak-hak orang pelarian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) rasa kecewa dengan cadangan yang tidak berperikemanusiaan daripada beberapa pihak bahawa Malaysia sepatutnya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya yang ada di negara kita. Mereka telah melarikan diri daripada negara asal mereka kerana nyawa mereka terancam dan ia sama seperti menjatuhkan hukuman mati jikalau kita mengusir mereka.

Carlsberg Malaysia tidak boleh menyertakan sebarang iklan semasa kempen pembersihan mereka di sekolah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyampaikan perasaan bercampur-baur yang kita ada mengenai berita bahawa Carlsberg Malaysia, melalui kempen Safer Schools, menaja perkhidmatan pembasmian kuman ataupun pembersihan untuk 680 sekolah vernakular di zon merah Covid-19 serta menderma termometer dipegang tangan ke semua sekolah vernakular yang layak.

FAMA - cekapkan kerja!

Kala ini merupakan masa kritikal bagi negara. Petani sayur-sayuran dengan hasilnya untuk dijual. Pengguna dengan permintaan untuk sayur-sayuran ini. Tetapi nampaknya, rantaian bekalan adalah terputus atau tidak berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, petani menyimpan hasilnya dan pengguna menjangkakan harga sayur akan meningkat seawal minggu depan.

NELAYAN SUNGAI KERIAN DI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG BIMBANG DENGAN KEHADIRAN BOT KENKA

Umum mengetahui bahawa udang galah merupakan hasil tangkapan utama bagi 200 hingga 300 nelayan sungai di Sungai Kerian, Nibong Tebal tidak kira nelayan tulen ataupun nelayan sampingan. Pendapatan dan hasil tangkapan mereka bergantung kepada hasil sungai untuk menjana ekonomi harian namun kini pendapatan mereka seolah dirompak dan dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersama Komuniti Nelayan Sungai Tanjung Berembang menggesa Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran supaya menjalankan tinjauan dan menyiasat status pelantar ikan yang sedang beroperasi di Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal. Pelantar tersebut dibina di tebing Sungai Kerian dan sangat tidak sesuai dengan keadaan persekitaran.

Langkah-langkah Ekonomi Kecemasan untuk Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah dalam membantu rakyat menangani situasi ekonomi semasa, yang diburukkan lagi oleh wabak Covid-19 pada masa ini. Ia diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 bahawa Covid-19 boleh “dicirikan sebagai pandemik”.

Wabak ini melanda lebih daripada 100 buah negara dan wilayah dengan bilangan kes meningkat dua kali ganda setiap lima hingga tujuh hari di seluruh dunia menjadi kebimbangan utama. WHO menyatakan penyebaran cepat itu disumbang oleh “peringkat tiada tindakan yang membimbangkan” oleh negara yang terjejas.

Cadangan mansuhkan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dialu-alukan

Seksyen 309 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “mana-mana individu boleh didakwa jika beliau cuba untuk membunuh diri sendiri dengan kemungkinan dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.”

Cubaan membunuh diri sering dikaitkan dengan keadaan kesihatan mental seseorang. Rawatan yang diberikan kepada orang yang cuba membunuh diri kurang empati (rasa belas kasihan) dan sudah ketinggalan zaman. Sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong cadangan memansuhkan cubaan membunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah kerana kita perlu memahami kenapa seseorang itu melakukannya.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt