Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Soal etnik tidak harus menjadi kriteria untuk menyewa rumah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan agar menyiasat satu kes di mana seorang warga Libya tidak dibenarkan menyewa satu unit kondominium di kejiranan Cyberjaya. Pihak pengurusan hartanah tidak membenarkan warga Afrika menyewa mana-mana unit rumah di sana.

Malaysia perlu merenung secara serius bagaimana ia boleh membenarkan perkara yang membabitkan isu perkauman seperti itu boleh berlaku dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan pelbagai agama. Malah, soal etnik individu bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan karektor seseorang.

Sesuatu unit rumah yang hendak disewa atau dijual merupakan perjanjian peribadi antara pemilik rumah dengan bakal penyewa atau pembelinya. Pihak pengurusan hartanah tidak sepatutnya mengenakan sebarang peraturan ke atas pemilik unit rumah, melarangnya daripada menyewa rumah kepada bakal pembeli berdasarkan identiti kaum penyewa berkenaan.

Bagi pemilik hartanah strata, kesemua pemilik unit rumah terikat dengan perjanjian, undang-undang kecil, peraturan dan syarat lain. Oleh itu jika seorang penghuni secara serius melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, pemilik unit terbabit boleh dinasihatkan agar mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menamatkan kontrak penyewa.

Sehubungan itu, kami ingin mengulangi gesaan kepada kerajaan agar menyiasat perbuatan melarang kumpulan etnik tertentu daripada menyewa sesebuah unit rumah. Larangan sedemikian  berdasarkan garis perkauman secara tidak adil menanggapi seluruh etnik secara negatif.

 

Kenyataan  Akhbar, 14 Julai 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt