Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kualiti Perkhidmatan Pos Malaysia Menurun – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  telah menerima banyak aduan mengenai kelewatan penerimaan mel, baik dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Kualiti perkhidmatan pos kita telah menurun sejak kebelakangan ini.

Salah seorang pengadu CAP telah melanggan dengan majalah Guardian Weekly dari London melalui mel udara kelas pertama. Masalahnya beliau menerima majalah tersebut secara tidak menentu. Isu-isu lebih awal kadangkala diterima hampir sama dengan tarikh isu terkemudian, dengan mengambil masa antara 3-5 minggu untuk sampai ke tangannya.

Berikutan aduan yang diterima, CAP telah mengetengahkan perkara itu kepada pihak Guardian. Ia kemudian melakukan pemeriksaan di bahagian pengedaran dan mendapati sistem pos di Malaysia bertanggungjawab terhadap kelewatan tersebut. Kelewatan sebegitu tidak seharusnya berlaku bagi mana-mana mel yang dikendalikan oleh Pos Malaysia, lebih-lebih lagi bagi mel udara kelas pertama yang dikenakan bayaran lebih tinggi.

CAP turut mengalami masalah hampir sama beberapa kali apabila melanggan majalah dan akhbar dari dalam dan luar negara. Dua tahun yang lepas mel biasa diterima lewat 3 minggu sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan dan memantau perkhidmatan pos demi memastikan ia memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut jejak pos antarabangsa. Kualiti perkhidmatan pos negara tidak seharusnya diambil ringan hanya kerana terdapat kaedah komunikasi lain.

 

Surat kepada Pengarang, 14 Mac 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt