Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

RUMAH SEWA ADALAH JALANNYA

Terasa beban di sebabkan oleh peningkatan kos sara hidup? Jangan lupa pula dengan masalah perumahan. Pada masa ini, apa yang dipanggil ‘rumah mampu milik’ berharga daripada RM100,000 hingga RM400,000; di luar kemampuan kelas pekerja terutamanya bagi generasi muda. Tambahan pula, kebanyakan perumahan yang ada lebih tinggi harganya manakala rumah yang berharga murah amat terhad bilangannya untuk dibeli oleh majoriti penduduk yang lebih besar.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) percaya terdapat pelbagai kejayaan skim perumahan awam yang Malaysia boleh laksanakan atau menyesuaikannya dengan keperluan penduduk tempatan. Meskipun CAP difahamkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) menimbang untuk melaksanakan idea perumahan sewa di Jerman, terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan.


Pada 1949, Kerajaan Jerman Barat mengambil langkah proaktif untuk menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyatnya yang kehilangan rumah mereka ketika Perang Dunia Kedua. Terdapat keperluan bagi 5.5 juta unit rumah pada 1946 dan dalam tempoh 16 tahun, mereka berjaya mengurangkan kekurangan sehingga kira-kira 88 peratus!

Bagaimanapun, kita mestilah jangan lupa bahawa Jerman membuat peraturan yang memihak kepada penyewa; kenaikan sewa dihadkan tidak lebih daripada 15 peratus dalam tempoh tiga tahun dalam usaha untuk menyediakan subsidi langsung dan pengecualian cukai murah hati kepada orang awam, tidak mengambil keuntungan dan entiti persendirian.


Di Malaysia, kita telah melakukan perkara yang sama seperti perumahan kos rendah di Rumah Pangsa Padang Tembak, di Ayer Itam yang dibina pada 1969, Rumah Pangsa Padang Tembak terdiri daripada sembilan blok bangunan setinggi 17 tingkat dengan 3,888 unit di atas tapak seluas 16.7 hektar.


Dengan unit rumah pangsa bersaiz purata 340 kaki persegi dan mempunyai satu bilik, penduduk mampu untuk memiliki unit rumah pangsa di bawah skim sewa beli dengan membayar RM30 sebulan dalam tempoh 30 tahun. Ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menyediakan perumahan kepada golongan miskin serta memberikan penduduk keyakinan untuk tidak diusir selagi mereka mematuhi dengan syarat yang ditetapkan. Penjualan unit rumahnya pula dikawal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan unit yang dijual itu adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan rumah, oleh itu secara tidak langsung juga mengawal spekulasi harga.

Bagaimanapun, perumahan awam tidak mendapat perhatian manakala kompleks membeli-belah diutamakan. Pada 1992, seluruh negara mempunyai 1.2 juta meter persegi ruang kompleks membeli-belah dan menjelang 2015 ruang runcit berkembang kepada 31.8 juta meter persegi. Adakah satu keperluan untuk memiliki 32 juta meter persegi ruang runcit bagi penduduk Malaysia yang berjumlah 30 juta?


Ini bukan hanya membawa kepada kehilangan tanah yang berharga yang boleh digunakan untuk perumahan awam tetapi juga meningkatkan harga bagi perumahan awam yang baik. Situasi menjadi lebih buruk dengan berlakunya Krisis Ekonomi Asia yang melanda negara kita pada 1990-an, banyak kompleks membeli-belah yang gagal mengakibatkan lebihan ruang komersial manakala beberapa daripadanya yang tidak bernasib baik pula terbengkalai.


Tambahan pula, Pulau Pinang tidak bersedia dengan Akta Kawalan Sewa yang berkuatkuasa daripada 1 Januari 2000. Ini mengakibatkan penyiringan penduduk secara besar-besaran dan struktur Pusat Bandar George Town musnah sepenuhnya. Rumah sebelum perang ini dihuni oleh keluarga besar tetapi kini dipaksa tinggal di pangsapuri, dengan terpaksa membayar kepada institusi kewangan komersial selama berdekad dan bayaran penyelenggaraan yang tinggi selagi mereka memiliki unit itu.


Kita mempunyai dasar perumahan yang dilaksanakan dengan kelemahan dan perancangan yang buruk. Kita seharusnya mempelajari daripada Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura (HDB) memandangkan ia berjaya membina rumah pangsa bagi lebih daripada 80 peratus penduduknya di pulau itu sejak tujuh dekad (sejak 1947) manakala Malaysia masih mencari penyelesaian.


HDB yang terdahulu Singapore Improvement Trust membina 20,907 unit rumah pangsa awam antara 1947 dan 1959, dalam tempoh 12 tahun untuk 1.6 juta penduduk sebelum HDB mengambil alih daripadanya pada 1960. Dalam tempoh tiga tahun, HDB membina 31,317 unit rumah pangsa tetapi kemudahannya amat sederhana dengan penekanan kepada air paip dan kebersihan.


Pembeli rumah pangsa mampu untuk menggunakan Central Provident Fund (CPF) mereka dan skim geran. Skim geran diperkenalkan untuk membolehkan mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka. Dikatakan bahawa pembeli boleh mengharapkan untuk menggunakan kurang daripada 25 peratus daripada pendapatan isirumah bulanan mereka untuk membayar ansuran gadai janji rumah pangsa pertama mereka.

Jadi jika Singapura yang menghadapi kekurangan tanah boleh melakukannya, kenapa tidak Malaysia? Pada 2015, Singapura telah menempatkan 5.61 juta daripada penduduknya ke dalam kawasan tanah berkeluasan 719.1 kilometer persegi. Adalah satu hujah yang cacat untuk menyalahkan kekurangan tanah bagi harga perumahan yang tinggi kerana ia bergantung kepada kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada skim perumahan awam daripada bangunan komersial.


Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah Kerajaan Persekutuan mengambil alih pembinaan perumahan awam sepertimana yang dilakukan pada 1960-an atau seperti bagaimana Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura melakukannya untuk memenuhi permintaan. Pulau Pinang berjaya membina Rumah Pangsa Padang Tembak dalam menyediakan perumahan yang baik bagi golongan miskin dan hari ini ia mempunyai komuniti yang semakin berkembang. Bagaimanapun, usaha cemerlang ini hilang begitu sahaja apabila skim perumahan awam dibiarkan kepada pemaju persendirian dan institusi pinjaman komersial sepertimana yang dialami oleh kita sekarang.


Kita juga boleh mempelajari bagaimana Arcade Ikonik di Providence Rhode Island dipulihkan semula dengan menukarkan kedai runcit di dua tingkat atas kepada 225 kaki persegi loteng kecil manakala kedai runcit pada tingkat bawah terus dikekalkan. Arcade merupakan kompleks membeli-belah tertutup yang tertua di Amerika Syarikat yang dibina pada 1828 dan ia diduduki oleh penyewa kumpulan pertama pada 2013 selepas ia ditukarkan kepada loteng kecil.


Terdapat sejumlah 48 unit ‘mampu milik’ yang mana 46 daripadanya satu bilik atau unit studio, satu unit dua bilik, dan satu unit tiga bilik di Arcade. Semuanya mempunyai kelengkapan penuh. Sehingga Mac 2016, terdapat lebih daripada 4,000 sedang dalam senarai menunggu untuk menyewa loteng kecil Arcade.


CAP berpandangan Malaysia juga boleh memulihkan semula kompleks membeli-belah dengan cara yang sama, daripada membiarkannya tanpa berpenghuni manakala penduduk mendadak untuk perumahan awam yang mereka benar-benar mampu untuk memilikinya. Malaysia memerlukan kemahuan politik dan perancangan yang baik untuk keluar daripada kancah permasalahan ini.

Surat Kepada Pengarang, 22 Mac 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt