Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Dikenakan Saman Oleh Polis Untuk Kesalahan Yang Tidak Wujud

alt

“Garisan Silang Pangkah” adalah garisan condong yang dicat pada permukaan jalan dan diwujudkan untuk menggantikan halangan keras yang dibina di atas jalan untuk menyalurkan lalu lintas kepada lorong yang sesuai. Kenderaan, terutama sekali yang bergerak lurus tanpa kenderaan lain di hadapan, sering melanggar halangan seperti ini. Untuk mencegah pelanggaran seperti itu dan menjadikan lalu lintas bergerak dengan lancar dan selamat, halangan konkrit digantikan dengan garisan silang pangkah. Oleh itu, jika keadaan jalan lancar dan selamat untuk berbuat demikian, kenderaan boleh melalui garisan silang pangkah itu dan tidak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas.

 Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan tidak terdapat peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan atau Peraturan yang menjadikannya satu kesalahan bagi sesiapa yang memandu melalui garisan silang pangkah itu. Pejabat Peguam Negara juga bersetuju dengan perkara itu.

Tetapi Polis Trafik Kuala Kubu Baru mengeluarkan saman (No. AH 928402) kepada pemandu yang melanggar garisan silang pangkah di jalan luar bandar pada simpang T ke bahagian kanan iaitu di Km 73 Jalan Kuala Lumpur ke Ipoh (Laluan Persekutuan 1, beberapa kilometer dari Selatan Tanjong Malim). Satu lagi kes yang sama apabila saman dikeluarkan pada tempat yang sama dilaporkan dalam kltaxidriver.com bertarikh 22 April 2012 “Tetap Di Saman Walau Tidak Melakukan Kesalahan”.

Saman itu dikeluarkan kerana “tidak ikut tanda di trafik line”, tanpa menyatakan Peraturan yang dilanggar.

Kajian oleh kami sendiri tidak mendedahkan kesalahan trafik seperti itu. Pada Mac 2010, Bahagian Trafik Bukit Aman memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan kami sama ada ia merupakan satu kesalahan untuk memandu dengan melanggar garisan silang pangkah itu.

Pada Jun 2014, Bahagian Trafik Bukit Aman yang sama memberitahu kami bahawa ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan untuk memandu melalui garisan silang pangkah.

Baru-baru ini pengadu, pemandu kenderaan (motosikal dan lori) mendapati mereka telah disenaraihitam oleh polis menyebabkan mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Cetakan pada saman menyatakan “Tak mematuhi lorong yg betul” dan menyatakan peraturan yang dilanggar sebagai LN166/59 008(2). Peraturan itu menjelaskan: “Di persimpangan di mana jalan ditanda kepada 2 lorong lalu lintas, lorong sisi berdekatan hendaklah digunakan hanya untuk kenderaan membelok ke kiri atau bergerak lurus ke hadapan dan lorong luar hendaklah digunakan hanya untuk kenderaan membelok ke kanan”.
-2-
Tidak terdapat persimpangan seperti itu di Km 73 Jalan KL-Ipoh. Jalan di sini adalah satu lorong sama ada arah jalan tunggal dengan lorong memotong yang amat pendek.

Bukankah ia satu penyalahgunaan kuasa bagi polis trafik untuk menyaman pemandu bagi kesalahan yang tidak wujud?

Saman bertulis itu menyatakan “tidak ikut tanda di trafik line” dan tidak menyatakan Peraturan yang dilanggar. Saman itu menyatakan “Tak mematuhi lorong yang betul” dan menyatakan peraturan yang dilanggar sebagai LN166/59 008(2). Tetapi tidak terdapat persimpangan di tempat itu, jadi bagaimana kesalahan dilakukan di bawah peraturan itu di tempat ini?

Perkara ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Penemuan mereka mendapati bahawa polis trafik telah menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh menurut undang-undang dan dengan betul mengeluarkan saman bagi kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Peraturan di bawahnya. Pihak EAIC tidak peduli terlebih dahulu untuk menyiasat sama ada pemandu melanggar garisan silang pangkah merupakan satu kesalahan. Jika tidak, seperti yang disahkan oleh JPJ, maka adakah polis trafik tidak menyalahgunakan kuasanya?

Apakah motif polis trafik itu?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Ketua Polis Negara:

1) Memastikan polis trafik fasih sepenuhnya dengan Peraturan penanda di atas jalan yang berbeza daripada isyarat dan tanda jalan.

2) Memastikan Peraturan Lalu Lintas yang dilanggar ditulis pada surat saman sebelum ia diserahkan kepada pemandu yang ditahan oleh polis.

3) Menyiasat semua saman yang dikeluarkan oleh polis trafik Kuala Kubu Baru bagi “melintasi garisan berkembar” atau “tidak ikut tanda di trafik line” di Km 73 Jalan KL-Ipoh.

4) Memansuhkan senaraihitam di bawah saman No. AH 928402 dan sebarang kes lain yang sama.

5) Mengambil tindakan terhadap polis trafik yang mengeluarkan saman bagi kesalahan lalu lintas yang tidak wujud.

Kerajaan juga mestilah mengambil perhatian berhubung cara EAIC menyiasat aduan tanpa menyiasatnya sehingga ke akar umbi. Keputusan mereka dalam kes ini hanya akan menggalakkan polis trafik mengeluarkan saman bagi kesalahan yang tidak wujud.



Kenyataan Akhbar, 4 September 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt