Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Majlis Bandaraya Perlu Tangani Masalah Parkir Kereta Yang Tidak Berkesudahan

Penduduk Pulau Pinang kini berhadapan dengan masalah dalam mencari ruang letak kereta awam di kawasan komersial memandangkan banyak daripadanya diambil oleh pekerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang, biasanya lebih daripada lapan jam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya memperkenalkan Peraturan untuk mengehadkan waktu seseorang itu boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam, contohnya tidak lebih daripada dua jam. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda. Ia hanya akan berlaku adil kepada mereka yang berurusan bagi kurang daripada dua jam.

Bayaran parkir di jalan bagi meletak kereta di kawasan komersial amat rendah dan perlu dinaikkan dengan lebih ketara. Pada hakikatnya, kawasan di pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur menaikkan bayaran parkir daripada 80 sen kepada RM2 untuk sejam pertama dan RM3 dari sejam kedua yang berkuatkuasa daripada 18 Julai 2016.

Sistem seperti itu telah pun dilaksanakan oleh kerajaan tempatan di banyak kota raya seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Bagaimanapun, had masa memerlukan penguatkuasaan yang berkesan dan tegas. Berikut adalah kos parkir kereta selama dua jam pada 2017: New York USD32.97 (RM139.33); Hong Kong USD11.74 (RM49.61); dan Seoul USD8.71 (RM36.81).

Untuk mencegah orang ramai daripada memonopoli ruang parkir di kawasan tertentu berbanding tempoh masa yang ditentukan, Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francsico mengkehendaki seseorang itu mengalih kenderaan mereka sekurang-kurangnya satu blok jauhnya atau sekurang-kurangnya 500 kaki (152 meter), yang mana lebih jauh.

Adalah dianggap murah bagi pekerja pejabat untuk meletak kereta di lot tempat meletak kereta MBPP dan MBSP pada kadar 80 sen sejam dan meletak kereta selama sembilan jam hanya RM7.20. Mereka akan meletakkan kereta mereka walaupun sebelum masa perniagaan dan akan menjadi orang terakhir yang meninggalkan kawasan itu, dengan itu menafikan orang lain yang memerlukan tempat meletak kereta bagi menjalankan urusan mereka.

Apabila perkara ini berlaku, pemilik kenderaan cenderung untuk meletak kereta secara berganda atau meletakkannya di tempat lot motosikal dan ini membawa kepada kesesakan lalu lintas di kawasan itu. Melainkan sesetengah pemandu akan meletak kereta mereka di tempat letak kereta awam percuma dan berkongsi kereta, menafikan orang lain dengan alasan yang sah untuk berada di kawasan itu.

Pihak Majlis Bandaraya perlu juga mengambil tindakan terhadap motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta. Sering berlaku di mana motosikal di letakkan di tempat untuk meletak kereta. Ia juga membingungkan apabila terdapat halangan seperti gerai, meja, kerusi, palet kayu atau tayar di ruang tempat meletak kereta yang diletakkan oleh pemilik kedai atau peniaga. Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan tempat meletak kereta ini.

Kami menggesa pihak Majlis Bandaraya supaya memperbetulkan keperluan yang sangat mendesak ini bagi ruang meletak kereta oleh orang ramai yang memerlukannya untuk tempoh urusan yang singkat. Pihak Majlis Bandaraya juga perlu melaksanakan had dua jam untuk menggalakkan mereka yang bekerja di kawasan pusat perniagaan atau menjalankan urusan di kawasan itu memilih pengangkutan awam, sama ada disebabkan oleh kerumitan atau harga yang terpaksa dibayar. Terdapat perubahan paradigma bagi parkir di banyak negara disebabkan tanah untuk parkir menjadi semakin sukar dan mahal di samping isu pencemaran dan keperluan segera untuk mendesak bagi kegunaan pengangkutan awam. Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi dilema ini.

 

Kenyataan Akhbar, 3 Mac 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt