Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Dikenakan Saman Oleh Polis Untuk Kesalahan Yang Tidak Wujud

alt

“Garisan Silang Pangkah” adalah garisan condong yang dicat pada permukaan jalan dan diwujudkan untuk menggantikan halangan keras yang dibina di atas jalan untuk menyalurkan lalu lintas kepada lorong yang sesuai. Kenderaan, terutama sekali yang bergerak lurus tanpa kenderaan lain di hadapan, sering melanggar halangan seperti ini. Untuk mencegah pelanggaran seperti itu dan menjadikan lalu lintas bergerak dengan lancar dan selamat, halangan konkrit digantikan dengan garisan silang pangkah. Oleh itu, jika keadaan jalan lancar dan selamat untuk berbuat demikian, kenderaan boleh melalui garisan silang pangkah itu dan tidak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas.

 Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan tidak terdapat peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan atau Peraturan yang menjadikannya satu kesalahan bagi sesiapa yang memandu melalui garisan silang pangkah itu. Pejabat Peguam Negara juga bersetuju dengan perkara itu.

Prestasi jalur lebar satu sendaan

Dalam era maklumat masa kini, Internet menjadi peralatan yang penting. Bagaimana Malaysia boleh mengaspirasi untuk mencapai taraf negara maju sedangkan tahap kelajuan Internet jalur lebar kita kerap terganggu?

Batalkan Cadangan Untuk Membina Projek Hidroelektrik Baram

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa agar Kerajaan Negeri Sarawak menuruti kehendak masyarakat yang akan terjejas oleh Empangan Baram, seperti yang telah mereka suarakan melalui Pengisytiharan Rakyat Menentang Projek Hidroelektrik Baram 2014 yang dikeluarkan hari ini.
 
Empangan Baram dengan keupayaan 1,200 MW ini, akan terletakantara Long Naah dan Long Kesseh, 200 km dari Miri. Akibatnya, 20,000 orang dari kaum Kayan, Kenyah dan Penan dari 26 buah kampung dijangka akan dipaksa berpindah.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt