Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Atasi segera masalah di Pantai Merdeka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani di sini.

 Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati kawasan ini bukan saja dicemari air kumbahan dan berbagai jenis sisa buangan malah peralatan di taman permainan kanak-kanak di sini juga terbiar dan berbahaya.
 
Di samping kelihatan jijik oleh sisa kotoran yang terdapat di dalam parit di sini keadaan itu menjadi lebih buruk apabila sistem saliran yang dibina agak sempit dan kurang sempurna menyebabkan pengaliran air tersekat serta mudah bertakung.
 
Manakala di Medan Selera di sini pula lantainya licin dan kotor kerana beberapa sinki di sini telah bocor dan tidak dibaiki oleh pihak berkenaan. Keadaan tersebut bukan saja menjejaskan selera makan para pengunjung gerai makanan di tempat itu malah ia juga boleh menjejaskan keselamatan mereka yang melalui kawasan ini.
 
CAP berpendapat masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana para peniaga di sini dikenakan bayaran sewa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antara RM50.00 hingga RM150.00 sebulan.
 
Amat mendukacitakan CAP terdapat banyak peralatan di taman permainan kanak-kanak di Pantai Merdeka di sini telah rosak dan berkarat. CAP bimbang dan percaya jika keadaan itu dibiarkan keselamatan kanak-kanak yang bermain di sini akan terancam pada masa akan datang. Besi-besi peralatan mainan yang pecah, berkarat dan tajam boleh mencederakan mereka.
 
CAP kesal walau pun Pantai Merdeka merupakan salah satu tempat perkelahan terkenal di negara ini dan menjadi tumpuan ramai pengunjung namun alam sekitar dan kemudahan asas di kawasan ini terabai dan tidak diberi perhatian secukupnya.
 
Sehubungan itu CAP meminta kerajaan Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku.

Kenyataan Media - 17 September 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt