Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penduduk Sg. Pinang resah diancam banjir kilat

Lima keluarga di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang resah kerana kampung mereka sering dilanda banjir kilat ketika hujan.

Masalah yang serius berlaku sejak empat tahun yang lalu ini bukan saja menjejaskan keselesaan penduduk terbabit malah peralatan dalam rumah juga banyak yang rosak.

Dalam tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati punca berlakunya kejadian ini ialah keadaan parit sepanjang 300 meter di kampung itu yang cetek dan rendah tebingnya. Bila hujan pengaliran air tersekat dan melimpah ke kawasan kediaman penduduk-penduduk di sini.

Seorang penduduk Sabri Wahab, 40, berkata masalah ini pernah beberapa kali dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

“Kami bimbang jika keadaan ini berterusan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak dan juga masalah kesihatan yang berpunca dari penyakit berjangkit mungkin berlaku pada masa akan datang”, katanya.

Beliau memberitahu setiap kali berlaku banjir bukan saja lumpur memasuki rumah mereka tetapi juga sampah-sarap dan berbagai bahan kotoran lain.

CAP amat bersimpati dengan penduduk terbabit dan menggesa kerajaan Pulau Pinang serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

CAP kesal walau pun keadaan tersebut sudah lama menimbulkan kesulitan dan kebimbangan penduduk-penduduk di sini namun hingga sekarang tidak ada perhatian serius yang diberikan oleh pihak yang berkenaan.

CAP percaya kegagalan pihak bertanggungjawab menangani punca berlakunya masalah ini boleh mengundang berbagai bentuk ancaman ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan pada masa akan datang.

Justeru rancangan projek pembangunan terutama di tanah tinggi berhampiran kampung-kampung tradisi di Balik Pulau di sini perlu dikaji secara menyeluruh dan terperinci sebelum dilaksanakan.

Kenyataan Media - 1 Februari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt