Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Betul kata kami...memang jualan murah!

Sewaktu pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menurunkan  nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 selama setahun. Ini bagi membolehkan pemilikan asing hartabenda berkenaan demi mengurangkan harta-harta yang masih belum terjual yang kini mencecah RM8.3 bilion dalam suku kedua tahun 2019.

Sehubungan itu, kami ingin menegaskan bahawa kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengenai jualan rumah murah kepada orang luar adalah betul. Kondominium dan pangsapuri mewah tersebut tidak sepatutnya dibina dengan meminggirkan keperluan membina rumah murah dan mampu milik untuk rakyat. Tambahan pula, influks mereka yang berbelanja besar juga akan menyebabkan berlaku inflasi dalam harga barangan.

Menurunkan nilai ambang demi membantu pemaju boleh menggalakkan mereka bersikap sambil lewa tanpa memikirkan apa yang akan berlaku apabila ketiadaan pembeli, kerana kerajaan akan membantu dengan membawa masuk pembeli dari luar. Pada hakikatnya, kerajaan sepatutnya mengutamakan perumahan untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan pemaju tidak berusaha untuk membina rumah mampu milik. Pembinaan rumah mewah hanya menggalakkan spekulasi harta dan menyusutkan harga tanah yang juga akan menjejaskan sektor perumahan mampu milik.

Mampukah program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) membolehkan sebahagian pemohon MM2H menghambur wang mereka, khususnya dari akaun luar, dalam bentuk pelaburan hartanah di Malaysia? Kerajaan seharusnya berwaspada dengan kemungkinan ini.

Satu hal lagi yang membimbangkan ialah mereka dibenarkan mengambil pinjaman perumahan dari bank tempatan dengan Margin Kewangan antara 70-80%. Persoalannya, kenapakah bank-bank kita perlu membiayai orang luar untuk membeli hartanah dengan deposit kewangan daripada warga Malaysia?

Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan agar mengekal atau menaikkan  nilai ambang RM1 juta bagi pembelian hartanah oleh orang luar memandangkan kedudukan Ringgit kita yang lemah sudah pun menarik bagi mereka. Dalam hal ini, pemaju telah membina unit-unit perumahan mewah dengan berlebihan sungguhpun terdapat tanda-tanda pasaran melembap seawal 2017. Pemaju tidak sepatutnya dibantu. Mengapakah kerajaan kelihatan lebih memihak kepada pemaju?

 

Kenyataan Akhbar, 16 Oktober 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt