Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

SAM menyokong cadangan KASA menghentikan sementara penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor

PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong cadangan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya operasi penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dihentikan untuk sementara waktu.

Ini adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang tiada kesudahan ini, yang telah menjejaskan keselesaan penduduk serta orang ramai di sekitar kawasan terbabit untuk empat dekad.

CAP BANTAH TAPAK PERTANIAN DIJADIKAN KAWASAN PERLOMBONGAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Selangor mengkaji semula dan menarik balik cadangan untuk menjadikan Taman Pengeluaran Kekal Makanan di Bestari Jaya, Kuala Selangor sebagai kawasan perlombongan.

Mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini (18 Ogos 2020), CAP bersimpati dengan nasib 23 peneroka yang terdiri dari petani dan penternak yang bakal kehilangan sumber pendapatan jika keputusan tersebut dilaksanakan.

Pengeksploitasian sumber hutan untuk kegiatan kuari di Hutan Simpan Segari Melintang tidak wajar dan membimbangkan

 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri masih meluluskan kegiatan kuari (batu granit) termasuk kegiatan pengambilan tanah merah dalam kawasan tanah yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak.

Pada tahun 2017, SAM pernah menyuarakan kebimbangan apabila Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, HS Segari Melintang.

Bantahan SAM adalah kerana telah terdapat beberapa kawasan kegiatan kuari sedia ada di HS Segari Melintang yang boleh memberi impak kepada ekosistem hutan dan kawasan semulajadi pesisiran pantai.

Kini, telah ada lagi permohonan untuk dilaksana kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 19, 20 dan 21 seluas kira-kira 122 hektar serta kegiatan pengambilan tanah merah di sebahagian Kompartmen 54 seluas kira-kira 49 hektar.

Kelulusan kegiatan kuari dalam HSK bercanggah dan tidak mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-70 (MTN) pada tahun 2014 iaitu semua negeri digesa mengambil inisiatif mengawal atau sebolehnya mengelakkan sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK.

Kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK boleh menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas serta akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

Malah trend eksploitasi sumber hutan tersebut tidak selari dan bercanggah dengan beberapa dasar dan ketetapan lain. Antara dasar dan ketetapan lain yang berkaitan ialah:-

i. Komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi Rio, Brazil pada tahun 1992 dan Persidangan Mengenai Perubahan Iklim Ke-15, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark pada Disember 2009 iaitu mengekalkan 50% keluasan tanah negara dilitupi hutan;

ii. Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran dan perkhidmatan hutan yang berterusan; dan

iii. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 - 2025 untuk melindungi kepelbagaian biologi kita dan melengkapkan tanggungjawab Malaysia di bawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Apabila sesuatu kawasan HSK diluluskan untuk dilaksana kegiatan kuari, segala dirian pokok bernilai akan diusahasil secara tebang habis dan litupan hutannya akan dimusnahkan (clearing) terlebih dahulu.

Amalan pengusahasilan secara tebang habis pula tidak tertakluk kepada Catuan Tebangan Tahunan (CTT), tidak tertakluk kepada Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS) dan tidak tertakluk dengan pematuhan sepenuhnya terhadap Kriteria, Petunjuk dan Aktiviti Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi tujuan pensijilan pengurusan hutan.

Malah semasa SAM mengemuka maklumbalas bantahan dan cadangan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 pada tahun 2016, syor Jawatankuasa Siasatan Tempatan ialah bersetuju dengan bantahan pembantah (SAM) dan menolak permohonan kegiatan kuari yang baru bagi mengekalkan kawasan hutan sedia ada.

Disamping kebimbangan berhubung eksploitasi sumber hutan di HS Segari Melintang, SAM juga mengemukakan saranan kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung pemuliharaan kawasan hutan simpan tersebut iaitu:-

  • Menyegerakan cadangan pewartaan Taman Negeri Segari Melintang yang pada dasarnya telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan
  • Mengemuka permohonan pampasan kepada Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri akan kekurangan  hasil disebabkan tidak membenar kegiatan pengeksploitasian dan pengusahasilan (pembalakan) secara tidak mampan di kawasan HSK tertentu.

SAM bimbang dengan trend eksploitasi sumber hutan di HS Segari Melintang  dan berharap saranan kami kepada Pihak Berkuasa Negeri Perak boleh mempertingkatkan komitmen negeri untuk menguruskan sumber hutan secara lestari dan mampan.


Kenyataan Media, 18 Ogos 2020

Pengeksploitasian sumber hutan untuk kegiatan kuari di Hutan Simpan Segari Melintang tidak wajar dan membimbangkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri masih meluluskan kegiatan kuari (batu granit) termasuk kegiatan pengambilan tanah merah dalam kawasan tanah yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak.

Pada tahun 2017, SAM pernah menyuarakan kebimbangan apabila Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, HS Segari Melintang.

Bantahan SAM adalah kerana telah terdapat beberapa kawasan kegiatan kuari sedia ada di HS Segari Melintang yang boleh memberi impak kepada ekosistem hutan dan kawasan semulajadi pesisiran pantai.

 

CAP BIMBANG GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP DI KEDAH SEMAKIN SERIUS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bimbang berikutan gangguan bekalan air paip yang berterusan dan semakin serius berlaku di Kedah ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu di negeri tersebut jika tidak ditangani segera boleh menjejaskan keperluan asas dan kesihatan penduduk-penduduk yang terlibat.

Mengulas laporan akhbar tempatan hari ini (Utusan Malaysia : 11 Ogos 2020) CAP bersimpati dengan penduduk-penduduk di beberapa kawasan yang terpaksa berjaga malam dan menggunakan air hujan untuk kegunaan harian kerana bekalan air paip di rumah mereka sering terganggu. Malah ada yang terpaksa membeli air mineral untuk minuman

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt