Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jalan Bawah Mount Erskine BUKAN Pilihan Terbaik

Kenyataan ini adalah maklum balas kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mendakwa bahawa jalan bawah (underpass) Mount Erskine adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah lalu lintas seperti yang dilaporkan di dalam The Star, 8 November 2019.

Adakah LRT Pulau Pinang Mendapat 97% Kadar Persetujuan?

Penang Forum bimbang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa bahawa 97% iaitu hampir kepada 16,000 responden menunjukkan sokongan bagi cadangan sistem transit aliran ringan (LRT) melalui maklum balas kepada soal selidik yang diadakan di beberapa tempat sekitar negeri ini.

Kepada mereka yang melihat soalan kaji selidik itu menyedarinya bahawa ia mengandungi tiga soalan yang mendorong kepada mereka untuk menjawab bahawa mereka menyokong projek berdasarkan “fakta” sebelah pihak yang disediakan oleh pegawai di pelbagai tempat itu.

Minggu Tindakan Hijau

Ucapan Tuan Hj. Mohideen Abdul Kader, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Selamat Datang ke aktiviti Minggu Tindakan Hijau anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Minggu Tindakan Hijau adalah kempen global yang disambut dari 30 September ke 6 Oktober 2019  bagi mempromosikan penggunaan mampan. Setiap tahun pada Oktober, pertubuhan di seluruh dunia akan mengambil tindakan bersama bagi mempromosikan suatu perjuangan tertentu. Tahun ini, 50 pertubuhan masyarakat sivil di 30 negara di Afrika, Asia, Eropah, Australia, Amerika turut serta dalam kempen ini.

ATASI SEGERA MASALAH BENIH PADI PESAWAH DI PERLIS – CAP

ersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah benih padi yang dihadapi oleh 600 pesawah di kawasan Utan Aji, Perlis ketika ini.

Sepatutnya petani terbabit memulakan tanaman padi mereka pada minggu ini namun bekalan benih padi bagi tujuan tersebut sehingga kini masih tidak kelihatan di gudang pembekal.

OPERASI KUARI HARAM DI TELUK BAHANG MENUNJUKKAN KECUAIAN PIHAK KERAJAAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut membaca laporan akhbar bahawa terdapat suatu kuari granite yang beroperasi secara haram yang sedang menjalankan aktiviti harian walaupun pihak berkuasa tahu akan kewujudan operasinya sejak 2016. Menurut laporan akhbar The Star hari ini, kerajaan negeri telah mengetahui akan kuari haram ini semenjak pendedahan mengenainya pada Mei 2016.

Selanjutnya, dilaporkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis berhenti kerja pada bulan Februari dan Mei tahun ini tetapi operator terus menjalankan kerja-kerja kuari seperti biasa.

PENCEMARAN AIR DARI PARIT-PARIT JPS DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, SAMPAI BILA?

Kualiti air yang berkelodak.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pihak-pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memantau dan mengambil sampel air bagi mengetahui kandungan serta paras pencemaran air dari parit-parit kawalan JPS yang dilihat berada pada tahap kualiti air yang kurang memuaskan.

Antara parit-parit yang tercemar adalah Parit D3 (Parit Paya Mahang B), Parit D1 (Sg. Bakar Arang) dan beberapa parit lagi sekitar kawasan Seberang Perai Selatan. Jelas kelihatan warna air dalam parit-parit berkenaan adalah berwarna hitam serta kotor, berbau, berkelodak dan berminyak. Kesemua parit yang dimaksudkan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui Lebuh Raya Utara Selatan (antara hentian Sungai Bakap hingga ke susur keluar Bukit Tambun dan susur keluar Batu Kawan).

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt