Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Pemusnahan Kawasan Hutan Seluas Di Lereng Bukit Banjaran Kledang

Satu lagi kawasan hutan di lereng bukit Banjaran Kledang iaitu bekas sebahagian Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) seluas 500.2 hektar berhampiran Chemor dalam Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta telah mula dimusnah dan dieksploitasi sejak 1 November lalu.

Berdasarkan pemerhatian di lapangan pada 6 Disember, seluas kira-kira 20 hektar kawasan hutan telah dibalak secara tebang habis sehingga gondol.

Hentikan Hakisan Tanah, Selamatkan Masa Depan Kita

Pada masa kini, tanah seluas bersamaan satu padang bolasepak terhakis setiap lima saat, dan bumi ini ke arah yang boleh membawa kepada kemerosotan lebih daripada 90 peratus daripada semua tanah bumi menjelang 2050, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO).

SAM Bimbang Dengan Tindakan Meneruskan Penerokaan dan Perlombongan Galian Nadir Bumi

Walaupun jaminan diberikan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Syarikat China dan Kerajaan Negeri Perak ialah hanya untuk penerokaan galian nadir bumi dan bukan untuk melombongnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) tetap merasa kebimbangan yang serius berhubung objektif usahasama itu.

Jangan Ganggu Taman Botani Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan “Rancangan Kawasan Khas untuk Taman Botani Pulau Pinang” yang pada asasnya akan membawa lebih ramai pengunjung, mempunyai lebih banyak struktur buatan manusia dan mungkin akan mengenakan bayaran bagi penduduk Pulau Pinang untuk mengunjungi taman itu (klausa IV, ms5-4 yang menyatakan “...mengatur dan mengawal kemasukan orang ramai ke Taman Negeri dan mengenakan bayaran untuk kemasukan dan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan”).

Langkah Untuk Memulakan Perlombongan Nadir Bumi di Perak Amat Tidak Bertanggungjawab

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang apabila mendapati satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak dan Syarikat China, Chinalco GXNF Rare Development untuk menjalankan penerokaan galian nadir bumi di Perak.

Perkara ini didedahkan melalui kenyataan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 16 November baru-baru ini, dengan pihak Kementerian memandang inisiatif ini sebagai satu “langkah positif”.

SAM Gesa Pihak Berkuasa Jelaskan Apa yang Sedang Berlaku

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat cemas dan bimbang berhubung kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit yang sedang dijalankan di kawasan cerun yang amat curam di Mount Erskine, Pulau Pinang, berdekatan dengan pangsapuri Mont Residence di Tanjung Tokong.

SAM dimaklumkan berhubung kerja memotong bukit oleh penduduk Pulau Pinang yang amat prihatin dengan keadaan itu, yang turut berkongsi gambar kerja tanah yang sedang berjalan.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt