Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

SAM Sokong Pembatalan Projek Ladang Ternakan Kerang di Jasin, Melaka

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong bantahan nelayan pantai di Mukim Sebatu dan Merlimau, Jasin, Melaka supaya kelulusan pelaksanaan projek ladang ternakan kerang secara komersial oleh Kerajaan Negeri Melaka di kawasan itu ditarik balik dan dibatalkan. Lebih-lebih lagi Jabatan Perikanan juga tidak menyokong permohonan syarikat berkenaan, lanjutan daripada mengambil kira bantahan nelayan ketika itu dan juga kerana ia akan menimbulkan konflik antara nelayan dengan syarikat tersebut.

Kenakan Hukuman Berat terhadap Pesalah – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan agar meminda undang-undang untuk menjatuhkan hukuman yang berat terhadap pesalah yang mencemarkan alam sekitar  kerana tindakan mereka boleh menjejaskan kehidupan berjuta penduduk. Kesan yang begitu teruk diperhatikan berlaku terhadap masalah bekalan air di Selangor yang membekalkan air kepada lebih 8 juta pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

CAP Bantah Perjanjian Baharu PDP Dengan Konsortium SRS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tidak menandatangani Perjanjian Rakan Penyampaian Projek (Project Delivery Partner - PDP) baharu dengan  SRS Consortium untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan  - PTMP) memandangkan PTMP masih diperdebatkan dan dikritik oleh pertubuhan masyarakat sivil (CSO) disebabkan oleh kesan buruk ke atas alam sekitar dan sosio ekonomi.

BANTAHAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LADANG MONOKULTUR DI HUTAN SIMPAN GUNUNG INAS, KEDAH

Sahabat Alam Malaysia (SAM) berasa dukacita apabila Pihak Berkuasa Negeri masih meneruskan dasar dan meluluskan pelaksanaan pembangunan ladang monokultur (ladang hutan termasuk ladang durian ‘musang king’) dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada skala yang besar.

Maklum Balas SAM Berhubung Kenyataan Media PKNP: Projek Pembangunan Tanah Dusun Di Kawasan Perak Hi-Tech

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan media daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Menurut kenyataan tersebut, Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) projek pembangunan tanah dusun di kawasan Perak Hi-tech, Lot PT 253408 dan Lot PT 253409 telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 21 Jun 2009.

Mempertahankan Wilayah, Mempertahankan Hidup Kita

Hari ini, pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Sahabat Alam Asia Pasifik (FoE Asia Pacific) melancarkan penerbitan terbaharu, Defending Territories, Defending Our Lives – satu peringatan yang serius bahawa setiap hari di mana sahaja di atas muka bumi ini, pembela hak asasi manusia alam sekitar (EHRD) diancam, difitnah, diserang atau dibunuh kerana mempertahankan wilayah mereka. Penerbitan ini mendedahkan tujuh kajian kes daripada ahli kumpulan Sahabat Alam di rantau ini yang menunjukkan dalam sesetengah kes, pembela hak asasi manusia yang terpaksa hidup dalam keadaan yang ekstrim untuk mempertahankan diri mereka sendiri, keluarga dan wilayah di mana mereka tinggal.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt