Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Malu-malu dan Nyatakan Perkara Sebenar Berhubung Isu Pencemaran Plastik Kitar Semula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila membaca laporan pembakaran terbuka plastik di Relau, Pulau Pinang. Kami juga dimaklumkan bahawa satu lagi kes di Tanjong Bungah di mana plastik dibakar pada awal pagi (kira-kira 4 pagi).

Kami menggesa kerajaan supaya menghapuskan sepenuhnya kemudahan kitar semula yang tidak mematuhi garis panduan yang sedia ada.

Masalah sisa plastik tanpa penyelesaian masih menghantui negara

Sungguhpun Malaysia telah menghantar balik kira-kira 3,737 tan metrik sisa buangan ke 13 negara sehingga Januari 2020, ia masih dibelenggu dengan bertan-tan sisa plastik yang dibuang secara haram di seluruh negara.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) begitu bimbang dengan perbuatan melonggokkan sisa plastik dengan sewenang-wenangnya yang mendedahkan pencemaran alam sekitar serta mengancam kesihatan awam. Di antara Januari hingga Julai 2019, Malaysia mengimport 754,000 tan plastik bernilai RM483 juta. Menurut jangkaan Greenpeace, hanya 9% sisa buangan plastik tersebut merupakan plastik bersih yang boleh dikitar semula. Justeru, kebanyakan plastik yang tidak boleh dikitar semula itu sama ada akan dibakar  atau dilonggokkan oleh pengendali haram.

Tapak Pelupusan Sisa Lynas – Ketelusan dan Perbincangan Awam Diperlukan Sebelum Sebarang Kelulusan Diberikan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Persekutuan dan agensi yang berkaitan agar memastikan terdapat ketelusan sepenuhnya, perbincangan dan maklum balas daripada orang awam sebelum meluluskan sebarang fasiliti pelupusan kekal (PDF) Lynas Corporation bagi sisa penulenan lumpur air (WLP) yang mengandungi sisa radioaktif.

SAM begitu bimbang dengan pengumuman Lynas baru-baru ini bahawa kerajaan negeri Pahang telah memberi kebenaran kepada syarikat terbabit untuk membina tapak PDF di Bukit Ketam.

CAP-SAM Gesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Tidak Menandatangani Perjanjian dengan Konsortium SRS yang Diketuai Oleh Gamuda

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah dengan sekeras-kerasnya dan kecewa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih terus dengan Pertandingan Rekabentuk Pelan Induk (Masterplan Design Competition - MDC) untuk pembangunan tiga pulau buatan manusia di bawah Projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR). Sebulan yang lepas, Ketua Menteri mengumumkan perjanjian rasmi antara Kerajaan Negeri dan rakan penyampai projek (Project Delivery Partner - PDP), SRS Consortium Sdn Bhd, akan ditandatangani pada Januari tahun ini.

Perubahan iklim dan air: Lindungi hutan dan kurangkan kehilangan air

SAM berasa amat gusar tentang berita yang melaporkan tentang kejatuhan teruk paras air di empangan-empangan di Pulau Pinang dan Kedah lewat dua bulan ini. Kapasiti paras air di empangan Air Itam dilaporkan kini berada pada kadar 62 peratus, sementara kadar empangan Teluk Bahang pula berada pada 39 peratus. Di Kedah, kadar kapasiti empangan Ahning berada pada kadar kapasiti 62 peratus, empangan Pedu pada kadar 48 peratus, empangan Muda pada kadar 18 peratus, empangan Beris pada kadar 81 peratus dan empangan Malut pada kadar 86 peratus.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Digesa Untuk Tidak Meneruskan Cadangan Kereta Kabel

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi ingin mengulangi pendirian kami bahawa kami tidak menyokong cadangan projek kereta kabel untuk Bukit Bendera memandangkan projek itu akan menjejaskan ekosistem sensitif kawasan bukit dan Taman Botani Pulau Pinang.

Kerosakan keretapi funikular baru-baru ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk meneruskan projek kereta kabel tanpa menyiasat penyebab kerosakan dan bagaimana untuk mencegahnya pada masa depan.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt