Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP gesa pukat tunda dan buaya diharamkan segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengharamkan segera penggunaan pukat tunda dan pukat buaya dalam sektor perikanan di negara ini. Langkah itu perlu kerana alat tangkapan tersebut bukan saja mengancam sumber perikanan tetapi juga menjejaskan mata pencarian 80,000 nelayan pantai di sini.

Mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengharamkan penggunaan pukat tunda dan pukat buaya, CAP menyokong keputusan itu dan berharap pengharamannya dikuatkuasakan segera.

Sebelum ini CAP telah beberapa kali menggesa pihak berkenaan berbuat demikian berikutan banyak aduan yang diterima dari nelayan pantai tentang kesan-kesan buruk yang berlaku akibat penggunaan pukat itu.

Isu kegagalan Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mengawal aktiviti pencerobohan bot pukat tunda ke kawasan tangkapan nelayan pantai turut di suara oleh CAP kerana masalah ini memberikan kesan buruk ke atas sumber perikanan di kawasan pantai.

CAP bimbang dan merasa kesal akibat dari penggunaan pukat tunda dan pukat buaya secara berleluasa di negara ini telah menyebabkan 150 spesies hidupan laut di kawasan pantai diancam kepupusan.

Tinjauan CAP mendapati sebuah bot pukat tunda memerangkap dan membunuh lebih 60% anak ikan atau ikan kecil ( benih ) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan. Manakala pendapatan nelayan pantai pula telah merosot hingga 70% kerana ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama mereka telah berkurangan.

CAP percaya jika pukat tunda dan pukat buaya terus beroperasi sumber perikanan di perairan negara ini akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kerana itu adalah wajar bagi Malaysia mengikuti keputusan dan tindakan kerajaan Thailand,Indonesia,Jepun,Hong Kong dan beberapa buah negara lagi di dunia yang telah mengharamkan penggunaan alat tangkapan ini.

Kenyataan Media - 6 Februari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt