Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kejadian pencemaran di Papan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal berhubung kejadian pencemaran yang berlaku di Papan Perak baru-baru ini walau pun tapak pelupusan sampah di tempat itu memulakan operasinya tidak sampai setahun.

CAP berpendapat masalah ini tidak akan berlaku jika perancangan awal projek berkenaan dibuat secara teliti dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perkara tersebut dilaksanakan dengan tegas.

CAP menegaskan adalah penting bagi kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat kajian tentang kesan ke atas alam sekitar dan maklum balas dari penduduk tempatan terlebih dulu sebelum projek ini dilaksanakan.

CAP mendapat tahu selain penduduk Papan, penduduk-penduduk di enam buah buah kampung berhampiran turut diancam masalah itu. Kampung-kampung tersebut ialah Lahat, Siputih,Pusing,Bemban, Bukit Merah dan Menglembu.

Kerana tidak tahan ancaman bau busuk yang di alami dan masalah kesihatan yang mungkin berlaku lebih kurang 500 orang mewakili 2,000 penduduk yang terlibat telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pencemaran ini.

CAP percaya jika masalah tersebut berlarutan kesan buruk yang lebih serius akan berlaku ke atas alam sekitar, kesihatan dan kehidupan penduduk-penduduk di kawasan berkenaan pada masa akan datang.

CAP beranggapan nasib penduduk-penduduk di sini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana mereka sebelum ini pernah hidup menderita kerana diancam pencemaran bau kimia dari kilang memproses nadir bumi di kawasan itu.

Sehubungan itu CAP menggesa kerajaan Perak,Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.

Tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang ada perlu diambil ke atas pihak yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Kenyataan Media - 31 Januari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt