Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Habitat Kelip-Kelip dan Hidupan Akuatik Sungai Sepetang Bakal Musnah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan terhadap pencerobohan dan pemusnahan rizab Sungai Sepetang, Daerah Kerian dan Daerah Larut Matang dan Selama, Perak yang masih dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan pihak SAM dengan beberapa ahli jawatankuasa Persatuan Kelip-Kelip Kampung Dew, Taiping baru-baru ini mendapati dianggarkan 6 hektar kawasan rizab Sungai Sepetang yang dilitupi dirian pokok Nipah dan Berembang khususnya telah dimusnahkan.

Kegiatan penerokaan dan pemusnahan hutan di rizab Sungai Sepetang boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem sungai terutama habitat kelip-kelip dan hidupan akuatik terutama udang galah.

Disamping itu, kegiatan penerokaan dan pemusnahan hutan di rizab Sungai Sepetang boleh menyebabkan berlakunya hakisan tebing sungai yang menjadi benteng semula-jadi kepada kawasan daratan.

Pada 10 September, SAM menerima aduan lagi berhubung kegiatan penerokaan dan pemusnahan di rizab Sungai Sepetang masih berlaku walaupun sebelum itu pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah datang meninjau dan memberi tindakan amaran.

Cadangan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikenali sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip (HS Kelip-Kelip) seluas 152.98 hektar pada dasarnya telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 6 November 2013 tetapi sehingga kini masih belum diwartakan.

Persoalannya, apakah halangan dan kekangan yang menyebabkan cadangan hutan simpan tersebut masih tidak boleh diwartakan lagi.

SAM berharap Pihak Berkuasa Negeri menyegerakan pewartaan cadangan kawasan hutan paya laut di sepanjang Sungai Sepetang sebagai HSK supaya habitat semulajadi di pesisiran sungai tersebut terpelihara dan diurus dengan baik.

Kenyataan Media, 12 September 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt