Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Atasi Pencemaran Plastik, Galakkan Sisa Sifar di Rantau ASEAN

Sempena sambutan 50 tahun Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang disambut bulan ini, pertubuhan alam sekitar menggesa pertubuhan serantau ini bertindak terhadap pencemaran plastik di rantau ini.

“Negara anggota ASEAN boleh menghentikan pencemaran plastik dan melindungi lautan kita dengan menggubal dasar yang akan mengurangkan penggunaan plastik guna buang, melindungi sempadan rantau ini daripada menjadi tempat longgokan sisa dan teknologi pengurusan sisa yang mencemarkan dari negara lain, dan melaksanakan penyelesaian mesra alam berkesan  terhadap krisis sisa,” kata Von Hernandez, Penyelaras Global Pergerakan Break Free From Plastic (BFFP).

Kumpulan ini menggesa pertubuhan serantau ini supaya melabur dalam penyelesaian Sisa Sifar dengan mengurangkan permintaan dan penggunaan produk dan pembungkusan guna buang.

“Seperti yang ditunjukkan oleh banyak komuniti di negara Asia seperti Indonesia, Filipina, China, Korea Selatan dan India. Sisa Sifar adalah penyelesaian lestari dan berdaya maju dari segi ekonomi terhadap masalah sisa di rantau kita ini. Tetapi untuk ia berfungsi pada skala yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah, kita memerlukan kerajaan kita menggalakkannya serta menginstitusikannya,” kata Froilan Grate, Penyelaras Rantau Asia Pasifik Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA).

“Sebagai ahli GAIA dan BFFP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong gesaan supaya menghentikan pencemaran plastik dan bergerak ke arah Sisa Sifar,” kata S. M. Mohamed Idris, Presiden CAP dan SAM.

Sisa Sifar merupakan pengurusan sumber ekologi dan model pengurangan yang melibatkan pemisahan sisa pada sumber, mereka-bentuk semula produk, pengurusan dan pengumpulan sisa secara sistematik.

Di banyak negara Asia, Sisa Sifar lebih cenderung ke arah pengurusan sisa organik disebabkan bahan organik terdiri lebih daripada 50% daripada sisa yang dijana. Pemisahan sisa membolehkan isirumah dan komuniti menguasai dan mengurus pelbagai jenis sisa berbeza secara teratur: bahan yang boleh dikitar semula akan dikitar semula dan bahan organik akan diuruskan melalui kompos, penguraian biologi, dan pengurusan organik kaedah lain.

Apa yang tinggal hanya sedikit sisa yang lebih mudah untuk ditangani. Penyelesaian kepada yang sedikit ini ialah mereka-bentuk semula dengan lebih baik untuk memastikan bahawa bahan yang tidak dapat dikitar semula atau dikompos akan dikurangkan dengan sistematik.

Siaran Akhbar, 25 Ogos 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt