Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia

Kenyataan dari Sahabat Alam Asia Pasifik: Kami berdiri teguh bersama komuniti penduduk asli dalam perjuangan bersejarah mereka.

Hari ini pada Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia, kumpulan Sahabat Alam Asia Pasifik (FoE APAC) dari 12 negara meraikan kisah komuniti penduduk asli.

Di seluruh dunia, dianggarkan terdapat 370 juta orang asli, majoriti daripadanya tinggal di rantau Asia Pasifik. Angka PBB menunjukkan bahawa mereka kurang daripada 5% daripada penduduk dunia dan dianggap tergolong daripada 15% termiskin.

Selama beratus tahun, komuniti penduduk asli berjuang untuk pengiktirafan akan hak orang asli dan perlindungan nyawa, budaya dan wilayah mereka. Perjuangan kolektif ini menghasilkan penerimaan Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada September 2007. Walaupun kesedaran hak dan perjuangan orang asli semakin meningkat, perjuangan bagi pengiktirafan sebenar terutama sekali hak penentuan sendiri termasuk hak kolektif terhadap tanah, sumber dan wilayah masih dikehendaki dan perlu disedari.

Orang asli terus menjadi antara yang paling terpinggir, dikurangi hak pemilikannya dan mudah terjejas di Asia Pasifik. Selain daripada perjuangan mereka dalam mempertahankan tanah dan wilayah mereka terhadap pembangunan, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai krisis termasuk berkaitan pengiktirafan hak, kedaulatan makanan, peruntukan tenaga, perlindungan alam sekitar. Kemerosotan ruang demokratik di kebanyakan negara Asia Pasifik mengakibatkan pencabulan hak pemimpin orang asli dan pembela hak asasi manusia alam sekitar. Tidak kurang pentingnya, perubahan iklim telah membawa ancaman baharu kepada komuniti penduduk asli, terutama sekali wanita.

Di banyak negara pengeluar kayu balak, penukaran hutan kepada ladang pokok balak dan kelapa sawit mewujudkan ancaman kepada komuniti orang asli, di mana pembalakan menghabiskan sumber kayu asli. Tambahan pula, pembinaan empangan berskala besar dan operasi perlombongan terus memindahkan beratus ribu orang asli di banyak negara Asia Pasifik.

Kumpulan Sahabat Alam seluruh Asia Pasifik percaya bahawa bekerja dengan komuniti penduduk asli dan sekutu untuk memastikan aktiviti sewenang-wenang negara dan korporat dihentikan dan mewujudkan penyelesaian sebenar dan adil untuk perubahan sistem yang lebih berkesan.

Sahabat Alam Asia Pasifik percaya bahawa penting untuk bersama institusi dan platform untuk menghasilkan ruang dan mempengaruhi dasar, juga penting perjuangan untuk pengiktirafan orang asli membina pergerakan yang menyokong perjuangan dan bekerja dengan komuniti, untuk memastikan bahawa perjuangan kolektif mereka disokong.

Pada Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia kami memperbaharui komitmen untuk bekerja dengan komuniti orang asli untuk mempertahankan wilayah mereka, melindungi ekosistem, memuliharan sistem dan amalan kelestarian budaya orang asli dan bekerja bagi penyelesaian sebenar orang asli terhadap krisis iklim.

Kami berdiri teguh bersama komuniti penduduk asli dalam perjuangan bersejarah mereka untuk mengatasi diskriminasi dan peminggiran institusi malah mereka menentang golongan neoliberal yang merampas tanah dan sumber mereka dan menentang terhadap militerisasi, serangan dan pencabulan oleh kerajaan dan korporat.

Sahabat Alam Asia Pasifik Berpejabat di:

No. 258, Jalan Air Itam, 10460 Pulau Pinang, Malaysia.

Friends of the Earth Asia Pacific:

Papua New Guinea, Indonesia, Malaysia, Philippines, Sri Lanka, Nepal, South Korea, Japan, Palestine, Australia, Russia and Timor Leste.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt