Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

HENTIKAN PENGOREKAN PASIR DI TANJUNG BUNGAH DAN PULAU PINANG – GESA CAP DAN SAM

Persatuan Pengguna Pulau  Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa  Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan segera memberikan  arahan menghentikan  kerja- kerja pengorekan dan pelombongan pasir di muara-muara Sungai Kelian dan Sungai Kechil di Tanjung Bungah di P ulau Pinang.

Kami berkongsi kebimbangan  penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan yang tinggal di  pinggir pantai berhampiran  kawasan-kawasan tersebut, seperti yang dilaporkan dalam  berita hari ini. Aktiviti-aktiviti ni telah memusnahkan  pantai berpasir dan  persisiran pantai di kawasan ini.

Pengambilan pasir dari  kawasan yang berpopulasi  tinggi di Pulau Pinang, yang telah memusnahkan persekitaran pantai di sini, untuk memperindahkan pantai di kawasan hotel di bahagian  lain Pualu Pinang adalah  seperti “merompak Peter untuk  membayar Paul".

Ianya tidak beretika, tidak  bermoral dan haruslah dikutuk  kuat.

Selain gesaan untuk  menghentikan serta-merta kerja-kerja pengorekan pasir dan  perlombongan di Tanjung  Bungah, kami juga membuat  tuntutan berikut kepada pihak  berkuasa:

1. Jabatan Pengairan dan  Saliran (JPS) perlu segera  menghentikan sebarang kerja- kerja pengorekan pasir dan  perlombongan pasir di  sepanjang pantai dan laut di  Pulau Pinang sehingga  diberitahu kelak.

2. Kerajaan Negeri dan JPS  perlu mendedahkan apa  rancangan atau tindakan lain  untuk pengorekan  dan  perlombongan pasir di negeri P ulau Pinang dan membenarkan  penelitian awam dan ulasan ter hadap rancangan-rancangan  atau tindakan tersebut.

3. Sehingga itu, semua  pengorekan pasir dan aktiviti  perlombongan pasir di Pulau  Pinang mesti dihentikan.

4. Kerajaan Negeri juga perlu  mendedahkan sama ada Laporan  Kesan Penilaian Kepada Alam  Sekeliling (EIA) telah  dilakukan bagi aktiviti pengor ekan dan perlombongan pasir di  Tanjung Bungah dan apa hasil  kajian tersebut.

5. Pasir yang dikorek dan  dilombong dari pantai-pantai  di Tanjung Bungah harus  diletakkan semula supaya  keadaan asal alam sekitar di  sini dapat dipulihkan.

Kenyataan Akhbar, 10 Disember 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt