Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Atasi segera masalah di Pantai Merdeka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani di sini.

Dikenakan Saman Oleh Polis Untuk Kesalahan Yang Tidak Wujud

alt

“Garisan Silang Pangkah” adalah garisan condong yang dicat pada permukaan jalan dan diwujudkan untuk menggantikan halangan keras yang dibina di atas jalan untuk menyalurkan lalu lintas kepada lorong yang sesuai. Kenderaan, terutama sekali yang bergerak lurus tanpa kenderaan lain di hadapan, sering melanggar halangan seperti ini. Untuk mencegah pelanggaran seperti itu dan menjadikan lalu lintas bergerak dengan lancar dan selamat, halangan konkrit digantikan dengan garisan silang pangkah. Oleh itu, jika keadaan jalan lancar dan selamat untuk berbuat demikian, kenderaan boleh melalui garisan silang pangkah itu dan tidak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas.

 Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan tidak terdapat peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan atau Peraturan yang menjadikannya satu kesalahan bagi sesiapa yang memandu melalui garisan silang pangkah itu. Pejabat Peguam Negara juga bersetuju dengan perkara itu.

CAP Gesa Kerajaan Tidak Sertai UPOV 1991 Kerana Ia Tidak Melindungi Petani Kecil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991 (International Convention for the Protection of New Varieties of Plants of 1991 - UPOV 1991).

CAP difahamkan bahawa Kerajaan Malaysia semakin ditekan untuk bersetuju dengan langkah itu, dan kami amat bimbang dan takut kerajaan akan menerima dan menyertai UPOV, yang mana ia amat bertentangan dengan kepentingan petani kecil, penyelidik tempatan dan perlindungan kepelbagaian biologi kita.

Gajah Tidak Setanding Dengan Pemburu Haram

Gajah adalah tidak setanding dengan pemburu haram. Pembunuhan dua ekor gajah pigmi Borneo menunjukkan pemburu haram berada di mana-mana sudut negara ini menunggu masa untuk menyerang bila-bila masa yang tidak dijangka.

Di masa lalu, gajah pigmi menjadi mangsa keracunan yang dilaporkan dilakukan oleh pekerja ladang kelapa sawit untuk menghalang gajah-gajah ini daripada memakan buah pokok kelapa sawit. Pada September lepas, sekumpulan gajah terperangkap dalam kolam berlumpur di Rinukut selama seminggu mengakibatkan tujuh kematian.

HENTIKAN AKTIVITI PEMBALAKAN DI BUKIT PERANGIN - SAM

Kawasan sawah berdekatan Bukit  Perangin mungkin terjejas jika kegiatan pembalakan tidak dihentikan.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti pembalakan di Bukit Perangin daerah Kubang Pasu kerana ia mengancam alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

Selain mencemarkan air sungai kegunaan harian lebih 400 penduduk di sini, para petani yang mengerjakan sawah di kawasan itu juga turut terjejas. Antara kampung-kampung yang terlibat dengan masalah ini ialah Kampung Wang Perah, Kampung Bukit dan Kampung Kubang Betong.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt