Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Sistem Bil TNB Yang Dinaik Taraf Mengelirukan Dan Membebankan Pengguna

Sejak dua bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung bil TNB. Di antara aduan yang diterima termasuklah pusingan bil yang panjang menyebabkan bayaran menjadi terlalu tinggi, tidak menerima bil bulan Julai dan menerima bil dengan catatan nombor akaun bukan milik mereka. Cuma baru-baru ini sahaja CAP menyedari bahawa pengguna berhadapan dengan segala masalah ini berikutan TNB sedang mempertingkatkan sistem bil mereka.

Rungutan Terhadapa Pos Malaysia

Persatuan Pengguna Malaysia (CAP) ingin mengemukakan rungutan terhadap perkhidmatan Pos Malaysia yang dihadapi oleh ramai orang di Pulau Pinang. Kami memahami bahawa surat yang dihantar melalui pos biasa sering mengalami kelewatan.

Masalah ini menjadi semakin ketara terutama sekali sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Berdasarkan kepada anggaran kami, ia kini hampir tiga minggu ramai orang di Pulau Pinang tidak menerima surat biasa mereka.

Sambutan Aidil Fitri, Elakkan Boros

Kita kini berada beberapa hari terakhir Ramadan di mana umat Islam dikehendaki meluangkan lebih banyak masa untuk beribadah, muhasabah diri dan membuat kebajikan. Amat dikesali, mereka dihujani dengan iklan supaya membeli dan mengguna dengan lebih banyak. “Jualan Hari Raya”, “Raya Ni Mesti Cun, Jualan Hebat sehingga 50%” adalah beberapa iklan yang ditujukan kepada pengguna.

Iklan jualan tanpa mengelirukan pengguna dan melanggar peraturan mungkin boleh diterima. Apa yang tidak dapat dipersetujui ialah mengaitkan promosi jualan dengan sambutan Aidil Fitri. Ia menjejaskan kesucian peristiwa yang amat kerohanian. Apa yang pihak berkuasa dan Ulama lakukan berhubung perkara ini? Mereka perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan perkara ini bagi menjaga martabat Islam.

Bayaran untuk bil bercetak TM tidak adil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan pandangan berkenaan isu Telekom Malaysia (TM) tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5.00 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

Langkah ini amat merugikan kepada generasi lama yang merupakan majoritinya adalah golongan warga emas. Kumpulan umur ini biasanya tidak lagi bekerja dan bergantung kepada simpanan, pencen atau anak-anak mereka bagi sokongan kewangan. Malah kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana menggunakan komputer. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membayar RM5.00 setiap bulan jika mereka mahu perkhidmatan telefon diteruskan.

 

Budaya pengguna jejaskan kesejahteraan

Kemahuan kita yang tidak terbatas, keperluan yang tidak pernah berakhir, perbelanjaan yang tidak terkawal, pembelian yang tidak perlu dan pemilikan tidak terkawal telah mengakibatkan satu perkara – hidup yang tidak gembira, demikian amaran oleh saintis sosial. Penemuan ini muncul pada masa apabila budaya pengguna telah mencapai satu peringkat yang telah menjadi wabak, demikian ulasan Myers yang juga pengarang buku The American Paradox: Spiritual Hunger in an Age of Plenty yang diterbitkan pada tahun 2000.

Muslihat Penipu

Sering anda membaca berita mengenai mereka yang menjadi mangsa “batu ajaib” yang boleh menyembuh penyakit? Mungkin anda fikir anda tidak akan menjadi mangsa penipuan seperti itu. Mungkin bukan menjadi mangsa penipuan “batu ajaib” tetapi bagaimana dengan penipuan jenis lain?

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt