Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bayaran untuk bil bercetak TM tidak adil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan pandangan berkenaan isu Telekom Malaysia (TM) tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5.00 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

Langkah ini amat merugikan kepada generasi lama yang merupakan majoritinya adalah golongan warga emas. Kumpulan umur ini biasanya tidak lagi bekerja dan bergantung kepada simpanan, pencen atau anak-anak mereka bagi sokongan kewangan. Malah kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana menggunakan komputer. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membayar RM5.00 setiap bulan jika mereka mahu perkhidmatan telefon diteruskan.

 

Budaya pengguna jejaskan kesejahteraan

Kemahuan kita yang tidak terbatas, keperluan yang tidak pernah berakhir, perbelanjaan yang tidak terkawal, pembelian yang tidak perlu dan pemilikan tidak terkawal telah mengakibatkan satu perkara – hidup yang tidak gembira, demikian amaran oleh saintis sosial. Penemuan ini muncul pada masa apabila budaya pengguna telah mencapai satu peringkat yang telah menjadi wabak, demikian ulasan Myers yang juga pengarang buku The American Paradox: Spiritual Hunger in an Age of Plenty yang diterbitkan pada tahun 2000.

Muslihat Penipu

Sering anda membaca berita mengenai mereka yang menjadi mangsa “batu ajaib” yang boleh menyembuh penyakit? Mungkin anda fikir anda tidak akan menjadi mangsa penipuan seperti itu. Mungkin bukan menjadi mangsa penipuan “batu ajaib” tetapi bagaimana dengan penipuan jenis lain?

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt