Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Naik Taraf Sistem Bil TNB Bukalah Perkara Besar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengemukakan beberapa penjelasan oleh TNB dalam pertemuan kami dengan mereka pada 19 Ogos 2016 berhubung dengan kenyataan kami sebelum ini – Naik Taraf Sistem Bil TNB Mengelirukan dan Membebankan Pengguna, bertarikh 18 Ogos 2016.

Pihak TNB mengakui kesilapan mereka kerana tidak memaklumkan kepada orang ramai mengenai naik taraf sistem bil mereka sebelum ia mula melaksanakannya. Ini merupakan kelemahan di pihak mereka serta merasa kesal kerana ia telah menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan.

Mereka telah memberikan jaminan kepada CAP bahawa orang ramai tidak akan rugi atau didenda disebabkan oleh naik taraf sistem bil mereka. Oleh itu, naik taraf ini tidaklah membebankan orang ramai sepertimana yang kita percayai pada awalnya.

Semua bil TNB yang dikeluarkan selepas 31 hari adalah prorata (nisbah antara tempoh bil dan bilangan hari dalam bulan didarab dengan tarif bagi unit yang digunakan). Oleh sebab itu, TNB mendakwa bahawa mereka yang berada dalam blok Tarif Domestik dan blok Tarif Komersial Voltan Rendah sebenarnya akan membayar kurang.

Begitu juga sehingga beberapa kelemahan dalam sistem bil baharu diatasi sepenuhnya, yang dijangka oleh mereka sekitar September, pelanggan TNB tidak akan didenda dengan memotong bekalan elektrik mereka.

CAP ingin mengingatkan kepada pelanggan TNB yang membayar bil TNB secara dalam talian (e-bayaran) tetapi secara manual (bukannya auto-debit/bayaran auto). Kumpulan ini perlu menukar nombor akaun mereka dalam bahagian ‘favourites’ daripada akaun perbankan dalam talian mereka daripada nombor akaun 14 angka kepada nombor akaun 12 angka yang dicatatkan dalam bil TNB terkini mereka. Bagi mereka yang membuat bayaran melalui Maybank atau Bank Islam, nombor akaun 14 angka masih boleh digunakan untuk sementara waktu.

Kami menggesa semua bank di Malaysia memaklumkan kepada pelanggan mereka mengenai naik taraf ini dan memberikan garis panduan langkah demi langkah bagaimana untuk menaik taraf akaun mereka. Kami juga meminta pihak TNB mengeluarkan kenyataan mereka sendiri kepada semua bank yang berkenaan.

Surat Kepada Pengarang, 24 Ogos 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt