Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Rungutan Terhadapa Pos Malaysia

Persatuan Pengguna Malaysia (CAP) ingin mengemukakan rungutan terhadap perkhidmatan Pos Malaysia yang dihadapi oleh ramai orang di Pulau Pinang. Kami memahami bahawa surat yang dihantar melalui pos biasa sering mengalami kelewatan.

Masalah ini menjadi semakin ketara terutama sekali sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Berdasarkan kepada anggaran kami, ia kini hampir tiga minggu ramai orang di Pulau Pinang tidak menerima surat biasa mereka.

Bagaimanapun, orang ramai mendakwa surat Berdaftar dan Pos Laju masih diterima pada masanya. Ini menimbulkan persoalan apakah yang telah berlaku kepada surat biasa. Ke mana ia “pergi”?

Adakah Pos Malaysia percaya bahawa hanya kerana surat itu tidak dihantar melalui surat Berdaftar atau Pos Laju maka ia dianggap tidak penting? Oleh itu tidak kisah sama ada ia diserahkan atau tidak? Ini tidak dapat diterima sama sekali.

Setiap surat yang memasuki pejabat Pos Malaysia perlu dilayan dengan penuh keutamaan. Dengan tidak berbuat demikian, Pos Malaysia secara tidak langsung tidak menghormati penghantar dan penerima surat.

CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya melihat perkara ini dengan segera dan perlu memperbetulkannya. Jika Pos Malaysia tidak berupaya untuk mengendalikan tugas penyerahan surat, maka tiba masanya untuk pihak lain mengambil alih. Orang ramai tidak dapat menerima keadaan ini dalam jangka masa yang panjang kerana kesabaran kami juga ada batasnya.

Kenyataan Akhbar, 20 Julai 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt