Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Musim Perayaan Semakin Dekat: Harga Bahan Makanan Tertentu Meningkat

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam tempoh beberapa hari yang lepas menunjukkan peningkatan ketara dalam harga cili merah, kacang panjang, kacang bendi, tomato dan kacang. Harganya meningkat daripada antara 20% hingga 70%.

Dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, bahan yang disebutkan di atas merupakan antara barangan yang akan mendapat permintaan yang tinggi. Malah sesetengah peruncit mengadu bahawa beberapa pengedar dan pemborong telah memberi amaran bahawa harganya akan meningkat lagi dalam beberapa minggu akan datang.

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menetapkan harga yang tinggi di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti- Pencatutan 2010, jika tidak mereka yang berpendapatan rendah akan terjejas teruk dengan kenaikan harga bahan untuk makanan ini.


Kenyataan Akhbar, 17 Januari 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt