Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tidak Diragui Lagi, MAVCOM Mesti Dikekalkan

Sekali lagi terdapat desas-desus yang menyatakan agar Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dimansuhkan tetapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasakan demi untuk menjaga kepentingan hak penumpang penerbangan maka MAVCOM mesti dikekalkan.

Sejak penubuhan MAVCOM, terdapat gesaan oleh sesetengah pihak dalam industri penerbangan supaya suruhanjaya itu ditutup. Alasan yang sering diberikan ialah MAVCOM menghalang pertumbuhan industri penerbangan Malaysia.

Alasan ini biasa digunakan oleh syarikat penerbangan sebagai satu cara bagi menggambarkan MAVCOM secara negatif. Bagaimanapun kepada CAP, persatuan yang mendengar dan mengendalikan aduan pengguna, kami tahu bahawa MAVCOM adalah anugerah kepada penumpang penerbangan.

Pada masa lalu, aduan penumpang penerbangan sering tidak diselesaikan disebabkan syarikat penerbangan tidak perlu bertangungjawab terhadap tindakan mereka (atau kekurangan tindakan). Penumpang penerbangan biasanya mengadu mengenai isu berkaitan bayaran kembali, pengendalian bagasi dan tidak dimaklumkan mengenai penangguhan/pembatalan penerbangan. Apabila CAP atau penumpang sendiri membawa aduan ini untuk perhatian mereka, syarikat penerbangan tiada masalah untuk mengelakkan tanggungjawab mereka kerana mereka tidak perlu menjawab kepada sesiapa dan tidak terdapat ruang bagi penumpang penerbangan untuk mengajukan keluhan mereka.

Kini, disebabkan oleh MAVCOM, kita mempunyai Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC). Kod ini secara undang-undangnya menyatakan hak penumpang penerbangan dan syarikat penerbangan tidak lagi boleh untuk tidak mempedulikan apabila kesalahan mereka dibawa untuk pengetahuan mereka. Kewujudan MACPC yang digubal sedemikian rupa supaya syarikat penerbangan lebih berhati-hati dalam operasi mereka dan setiap aduan oleh penumpang mereka ditangani dengan sewajarnya.

Kami mengesyaki bahawa inilah alasan sebenar mereka kenapa syarikat penerbangan terus menyerang MAVCOM; kerana mereka tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian dengan menjejaskan pelanggan mereka. Lagi pula, kita perlu ingat bahawa MAVCOM bukan hanya mengawasi operasi penerbangan tetapi juga menetapkan standard tertentu bagi lapangan terbang; standard di mana jika ia tidak dipatuhi akan dikenakan denda. Jelas sekali penentangan kepada MAVCOM datangnya daripada syarikat penerbangan dan bukannya lapangan terbang.

Amat mengecewakan untuk mendengar bahawa Menteri Pengangkutan kita tidak melihat kepada kebaikan MAVCOM yang dilakukan untuk semua penumpang penerbangan di Malaysia tetapi sebagai ganti mengalah kepada tekanan oleh beberapa syarikat penerbangan.

MAVCOM mesti dikekalkan supaya penumpang penerbangan dapat mengekalkan hak mereka. Kami meminta semua pihak yang terlibat menghentikan gesaan supaya MAVCOM dimansuhkan dan sebagai ganti berusaha untuk menambah baik operasi mereka agar penumpang penerbangan tiada alasan untuk membuat aduan.

 

Kenyataan Akhbar, 22 Oktober 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt