Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Cuka: Banyak kegunaannya

Daripada membunuh bakteria, menghilangkan kutil, membesarkan pokok, membunuh rumpai, membersihkan tompokan kapur dan kotoran periuk, memastikan longkang anda tidak tersumbat, melegakan batuk... cuka boleh digunakan.

Senaman dan Penuaan

Penuaan bukan sekadar muncul kedutan pada wajah. Tubuh kita juga berubah seiring dengan pertambahan usia di mana otot mengecut dan hilang jisim, otot jantung semakin kurang berkesan mengepam darah, kadar metabolik (bagaimana tubuh menukar makanan kepada tenaga) menjadi perlahan; tulang menjadi kurang padat dan mudah retak/patah, dan sendi semakin kurang anjal.

Jimat air dan wang

Pertambahan penduduk yang semakin meningkat, keperluan pertanian, peralatan yang tidak cekap dan kadangkala tabiat pengguna yang tidak menghargai sesuatu telah meletakkan tekanan ke atas bekalan air kita. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana anda boleh menjimatkan air dan wang.

Haramkan Iklan Ramadan

“Bufet Ramadan... Majlis Berbuka Puasa di hotel ini dikenali antara yang paling menarik... Telah menarik pelanggan yang bertambah untuk penghiburan korporat dan jamuan selera keluarga... Menunya meliputi lebih daripada 100 hidangan sehari... Sambil berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal Asli... Surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung Muslim... RM95 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak...”

Iklan ini disiarkan dalam akhbar harian tempatan pada hari terakhir bulan Rejab tahun ini, satu bulan sebelum Ramadan. Lebih banyak iklan seperti ini akan muncul apabila kita semakin hampir dengan Ramadan yang akan mempromosikan pakaian, kasut, permaidani, langsir dan barangan serta perkhidmatan lain.

Kawal Selia Yuran Rawatan Pergigian

Kos tinggi memasang pendakap gigi menyebabkan pengguna mengambil jalan keluar yang tidak betul

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan laporan media baru-baru ini mengenai doktor gigi yang palsu menawarkan rawatan pergigian atau khidmat memasang pendakap gigi secara haram hingga menimbulkan beberapa masalah kesihatan yang serius kepada pesakit. Pengguna yang mendapatkan khidmat seumpamanya berisiko mendapat HIV, jangkitan Hepatitis, kerosakan gigi dan penyakit gusi. Perkhidmatan dan prosedur palsu ini dilakukan oleh orang yang tidak berkelayakan, di bawah harga normal. Pengguna tertarik kepada perkhidmatan itu memandangkan harganya mampu dibayar. CAP berpendapat kos tinggi prosedur rawatan pergigian merupakan salah satu faktor utama pengguna beralih kepada khidmat pergigian yang tidak bertauliah.

‘WINDOWS’ YANG DITINGKATKAN UNDANG LEBIH BANYAK MASALAH

Apabila anda memasang program yang lebih maju (advanced) pada komputer, anda berharap ia akan memberi faedah yang lebih baik kepada anda. Namun bukan itu halnya apabila Microsoft memperkenalkan Windows 10.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa apabila terdapat begitu banyak aduan berhubung Windows 10 daripada pengguna di seluruh dunia.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt