Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kaji semula kelulusan makanan ubah suai genetik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula empat bahan yang telah diubah suai genetik (GM) yang telah diluluskan untuk penggunaan manusia dan haiwan selaras dengan penemuan terbaharu yang mendedahkan potensi keracunannya kepada manusia dan haiwan.

Jangan pandang ringan isu daging kuda

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia supaya tidak memandang ringan isu daging kuda yang menggegarkan Eropah baru-baru ini dan tidak memakan produk daging terutama sekali, burger, salami, sosej dan daging dalam tin sehingga pihak berkuasa  memberikan jaminan bahawa daging itu bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.

CAP gesa hentikan import produk ubah suai genetik

CAP menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan moratorium ke atas semua produk Ubah Suai Genetik (GM) yang diimport ke negara ini bagi makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Gesaan ini dibuat berikutan hasil kajian terbaharu yang mendedahkan bahawa penggunaan meluas racun rumpai Roundup dan jagung GM NK603 yang toleran kepada Roundup (ditanam dengan atau tanpa Roundup), memberi kesan yang serius terhadap kesihatan.

Haramkan lolipop pendafluor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) memandangkan ia  mengandungi bahan-bahan bertoksik.

alt

alt

alt

alt

alt