Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Periksa Bahan Penambah Toksik dalam Minuman Ringan

CAP  berasa bimbang mengenai laporan akhbar dari New York Times yang menyebut tentang penggunaan bahan penambah Brominated Vegetable Oil (BVO) dalam minuman ringan seperti Mountain Dew, Gatorade dan lain-lain minuman berperisa sitrus. BVO adalah ramuan yang dimasukkan ke dalam minuman ringan untuk mengemulsinya. Tujuan utama BVO ditambah untuk memastikan perisa dalam minuman tidak terasing, yang kita sering temui dalam minuman ringan. Kebanyakan minuman ringan yang dijual di negara kita dilabelkan sebagai “pelembut makanan yang dibenarkan, bahan perisa dan pewarna,” dan tidak menunjukkan identiti sebenar  bahan penambah tersebut.

Kesan-kesan ke atas kesihatan yang dikaitkan dengan BVO termasuklah:
• tremor – pengecutan dan kerehatan otot bukan secara sukarela membabitkan pergerakan ke depan dan ke belakang
• keletihan dan kelelahan
• sakit kepala
• pendedahan yang terlalu lama hingga membawa kepada kerosakan neurologi
• penurunan kesuburan
• penyusutan hormon tiroid – bromin menggantikan iodin

Beberapa kajian ke atas BVO juga menunjukkan bromin boleh berkumpul dalam tisu, terutama yang mengandungi lemak, sementara tikus makmal dilaporkan mengalami lesi pada bahagian jantung apabila diberi makan terlalu banyak.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya menilai kehadiran BVO dalam minuman ringan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan manusia. Penilaian itu perlu dilakukan   ke atas semua minuman ringan dalam pasaran tempatan dengan serta merta dan pengambilannya perlu diharamkan dengan segera.

Di Amerika Syarikat, BVO telah dikaitkan dengan kesan sampingan terhadap kesihatan dan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika telah mengkelaskannya sebagai bahan penambah makanan interim. Pihak berkenaan mendefinisikan penambah makanan “interim” sebagai bahan yang menimbulkan persoalan mengenai keselamatan atau fungsi bahan tersebut.

BVO tidak termasuk di dalam senarai bahan penambah yang dibenarkan pada masa ini di- negara-negara Kesatuan Eropah (EU), ia telah diharamkan di India dan yang terbaru, Jepun telah mengambil langkah yang sama.

CAP meminta Kementerian Kesihatan mendesak pengeluar minuman ringan supaya mendedahkan bahan penambah yang dibenarkan dalam produk mereka. Orang ramai berhak untuk mengetahui kandungan minuman yang mereka minum memandangkan ia boleh memudaratkan kesihatan peminumnya.

CAP turut menggesa Kementerian Kesihatan supaya memberikan perhatian yang serius dan segera terhadap perkara ini memandangkan pengguna Malaysia meminum banyak minuman ringan setiap hari.

Kenyataan Akhbar - 30 Januari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt