Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bagaimana Penambah Makanan Khianati Anda

Penambah Makanan adalah bahan bukan makanan yang ditambah ke dalam makanan. Ia boleh menyebabkan mutasi, kerosakan genetik atau kecacatan ketika lahir. Ia juga menyebabkan kanser, atau mengganggu proses biasa tubuh iaitu kesan jangka panjang yang kurang difahami.

Malah ia boleh merosakkan hati. Jika toksin diserap melalui saluran gastrousus, ia akan dibawa ke hati. Hati mempunyai banyak fungsi, ia tidak hanya metabolisme dan menyahtoksik bahan kimia tetapi juga menghasilkan hempedu untuk menghadam lemak, mengawal paras gula darah dan menyimpan vitamin.

Tetapi dengan serangan berterusan daripada toksin, ia menjadi lebih terbeban dan rosak. Jika toksin memasuki hati, ia akan kekal di dalamnya dan menyebabkan kerosakan kepada organ lain.

Berikut adalah beberapa cara penambah makanan boleh menjejaskan kesihatan kita, yang dipetik daripada buku Additives: Your Complete Survival Guide.

> Jejaskan cara tubuh menyerap dan menggunakan nutrien, yang penting bagi berfungsi dengan sempurna. Contohnya, sulfit (E220-227) memusnahkan Vitamin B1, yang penting untuk sistem saraf. Ia juga menjejaskan penyerapan Vitamin B, asid folik yang diperlukan untuk menghasilkan gen dan sel baharu.

Sesetengah bahan penambah boleh juga menyekat nutrien. Contohnya, bahan penambah yang digunakan sebagai sequestrants atau agen chelating iaitu bahan yang mengikat dan menyahaktif kotoran logam (yang mengurangkan jangka hayat lemak, minyak dan makanan lain yang mengoksida dan rosak serta sebagai mencegah bau yang tidak menyenangkan dan perubahan warna dalam makanan mungkin terikat dengan kalsium dan besi serta mencegah tubuh daripada menggunakannya.

Beberapa agen chelating adalah disodium EDTA, polyphosphates dan asid sitrik.

> Mengganggu metabolisme sel dan menghalang pembentukan sel baharu. Ia mengganggu keseimbangan bahan kimia penting dalam sel dan mencegah pengambilan bahan kimia lain yang diperlukan oleh sel.

> Menjejaskan keseimbangan semula jadi bakteria dalam usus. Pengawet antimikrob seperti nitrates/nitrites (E249-252) dan benzoates (E210-219) digunakan untuk mencegah pertumbuhan bakteria yang merosakkan makanan, tetapi ia juga menjejaskan keseimbangan semula jadi bakteria dalam usus.

> Mengganggu enzim dan mengganggu fungsi penting tubuh. Setiap proses dalam tubuh manusia bergantung kepada tindakan enzim. Enzim mengawal tindak balas bahan kimia yang membolehkan penghadaman dan metabolisme makanan dan sintesis bahan untuk memperbaiki tisu sebagai contoh. Sebarang gangguan dengan fungsi enzim dengan itu boleh mengganggu aktiviti biasa tubuh.

Sulfur dioksid (E220), sodium nitrate dan sodium nitrite serta banyak pewarna makanan merupakan perencat enzim.

Bahan penambah lain seperti BHT (E321), mengganggu fungsi biasa enzim dengan merangsang pengeluaran berlebihan. Terlalu banyak salah satu enzim boleh menyebabkan seluruh sistem tidak seimbang dengan mengganggu rantaian tindak balas biasa.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt