Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perjelaskan sama ada semua alat penapis air selamat untuk kegunaan

Alat penapis atau penulen air yang dipasarkan oleh Coway di Korea didapati merembes nikel  dalam tangki air. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar segera memberi perhatian kepada perkara ini serta mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Seoul mengeluarkan perintah bahawa syarikat terbabit gagal memaklumkan kepada pelanggannya bahawa kehadiran nikel dalam tangki air berpotensi mencemarkan air tersebut. Selanjutnya pencemaran itu menyebabkan pengguna mengalami “kerosakan bukan material”.

Di Malaysia, syarikat Coway menawarkan tujuh model ‘table top’ dan dua model ‘standing floor’. Kami ingin tahu jika mana-mana peralatan yang ditawarkan ini terjejas oleh masalah pencemaran nikel dengan seberapa segera yang boleh memandangkan bahan logam tersebut mampu mengancam kesihatan.

Kandungan maksimum sebatian nikel yang ditemui dalam air dari  penapis air berkenaan adalah 0.386 mg/l berbanding had purata yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) iaitu kurang dari 0.02 mg/l. Nikel diketahui merupakan karsinogen dan ia boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkuasa, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera memberi penjelasan jika peralatan penapis air Coway serta jenama lain yang beredar di Malaysia selamat untuk digunakan.

 

Kenyataan Akhbar, 1 Julai 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt