Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kenapa Gula-gula Jeli Masih Dijual?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengambil berat mengenai kanak-kanak berusia empat tahun yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, Labuan pada 20 Mei 2020.

Pada 2004, kami menggesa supaya diharamkan dengan segera gula-gula jenis ini daripada pasaran kerana ia mendedahkan bahaya tercekik. Kanak-kanak ini masih hidup sehingga kini jika tindakan segera bagi menghapuskan terus produk ini daripada pasaran dilakukan lebih sedekad yang lalu.

Bagaimanapun, tinjauan kami baru-baru ini yang meliputi beberapa pasar raya dan kedai di Pulau Pinang menunjukkan bahawa penjualan gula-gula jeli jenis ini masih berleluasa.

Persoalan yang timbul ialah kenapa pihak berkuasa tidak mengambil serius perkara ini dan bertindak atas gesaan kami. Kami mendedahkan fakta pada Ogos 2001 bahawa pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran terhadap jeli cawan kecil mengandungi agen pemekat dipanggil konjac.

Terdapat juga amaran terhadap produk ini selepas itu. New Zealand dan Australia juga telah mengharamkan gula-gula bentuk ini. Konjac tidak larut dengan mudah dan boleh mendedahkan sebagai pencekik dan berisiko penyumbatan usus. Jika jeli itu ditelan sepenuhnya, ia mungkin tersangkut di kerongkong dan sukar untuk dikeluarkan.

Kematian yang dikaitkan dengan pelbagai jenama jeli kecil telah dilaporkan di beberapa negara. Akhbar harian Tamil tempatan melaporkan pada 1999 bahawa seorang kanak-kanak lelaki dari Kuala Ketil, Kedah meninggal dunia akibat tercekik selepas memakan jeli jenis ini.

Seterusnya Kesatuan Eropah telah mengharamkan gula-gula jeli yang dijual dalam cawan kecil sejak April 2004. Ia memberi amaran bahawa perlabelan keselamatan tidak mencukupi untuk melindungi daripada risiko tercekik dalam kalangan kanak-kanak.

Sehubungan itu, CAP menggesa agar Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera untuk mengharamkan penjualan gula-gula jeli.

 

Kenyataan Akhbar, 3 Jun 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt