Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pastikan pengguna diberi air yang bersih dan selamat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut apabila mendapati Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan peraturan berhubung air dalam mesin minuman, meskipun peraturan ini sudah hampir dua tahun dimasukkan ke dalam Peraturan Makanan 1985.

Kegagalan pihak Kementerian untuk berbuat demikian telah menyebabkan air yang disediakan di dalam mesin minuman (vending machines) dicemari bakteria najis, sepertimana yang didedahkan dalam satu laporan akhbar baru-baru ini. Ramai pengguna yang mengambil air dari mesin minuman sebagai bekalan air minuman mereka mungkin turut terminum air yang tercemar itu.

 

Setiap hari setiap tahun- ayam, ayam, ayam!

Kenaikan harga ayam di pasaran benar-benar meragut ketenangan rakyat Malaysia. Dalam masa dua minggu sejak bermulanya bulan Ramadahan, isu harga ayam mencanak naik menjadi bualan hangat dikalangan pengguna,peniaga dan pembuat dasar.  Sebelum ini, harga ayam adalah sekitar RM7 sekilogram. Kini, di Pasar Awam Jelutong misalnya, harga ayam melonjak antara RM8 sehingga RM9 sekilogram. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima lebih daripada 50 aduan daripada pengguna berhubung isu ini.

Fikir. Makan. Jimat: Elakkan Pembaziran Makanan

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2013, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pengguna agar menghentikan dengan segera pembaziran makanan. Tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini ialah Fikir. Makan. Jimat, merupakan kempen antipembaziran dan kehilangan makanan untuk menggalakkan pengurangan makanan kita.

Jadikan pembaziran makanan satu jenayah

Berapa banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia? Cukup untuk memenuhi 42 Menara Berkembar Petronas!

Pada 2005, kira-kira 7.34 juta tan sisa pepejal dihasilkan di Malaysia, cukup untuk memenuhi 42 bangunan yang bersamaan dengan saiz Menara Berkembar Petronas. Penghasilan sisa pepejal dijangka mencapai 30,000 tan sehari pada 2020. Daripada komposisi sisa pepejal itu adalah dianggarkan kira-kira 45% merupakan sisa makanan. (Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt