Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Komplot Macau Dan Bank Telemarketing

Menurut laporan berita, ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada komplot Macau atau penipuan melalui telefon yang semakin meningkat sejak tiga tahun lepas. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati ini amat mengejutkan memandangkan ini merupakan satu taktik penipuan yang telah lama berlaku. Laporan itu menyatakan pihak polis telah memberi amaran kepada mereka mengenai sindiket dan penipu ini yang menghubungi mereka dengan menyamar sebagai pegawai Bank Negara, pegawai polis atau pegawai bank mereka. Namun mereka masih dengan mudah menjadi mangsa kepada komplot Macau.


CAP Gesa Satu Undang-Undang Lelong Terkini dan Komprehensif


Lelong telah dijalankan sejak negara ini di bawah pemerintahan British dan undang-undang berhubung dengan lelong pada umumnya kekal tidak berubah. Kini tiba masanya untuk kita menggubal undang-undang lelong yang selaras dengan abad ke 21 bagi manfaat semua pihak yang berkenaan terutama sekali pembida (pembeli).

Pada masa kini urusan lelong dikawal oleh Enakmen Jualan Lelong F. M. S. Cap. 81 (No. 2 1929) yang sudah berusia 86 tahun dan yang lebih terbaharu sedikit adalah Kanun Tanah Negara 1965.

Pemaju Tidak Sepatutnya Menyediakan Pinjaman Perumahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah dengan sekeras-kerasnya terhadap keputusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pemaju memberikan pinjaman di bawah Akta Pinjaman Wang (Pindaan) 2011. Menurut Menteri Tan Sri Noh Omar ia adalah situasi menang-menang.

Sebenarnya hanya satu pemenang sahaja yang jelas daripada skim ini iaitu pemaju. Noh juga dipetik sebagai berkata “Niat kami adalah untuk membantu pemaju menjual rumah yang mereka bina”. Adakah kerajaan sedang memindahkan beban unit yang tidak terjual kepada pengguna?

PAKEJ INSURANS MELALUI TELEMARKETING

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengemukakan kepada orang ramai mengenai isu polisi insurans melalui telemarketing.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh pihak kami, kami mendapati ramai pengguna terperangkap dalam perangkap tanpa mengetahui membeli polisi insurans yang dipromosikan melalui telemarketing.

Keuntungan 83,233% bagi segelas air 300 ml?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menguatkuasakan dengan segera Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap kedai, restoran dan kedai kopi yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk air minuman. Pihak kementerian tidak seharusnya menunggu pengguna untuk membuat laporan dikenakan bayaran berlebihan tetapi menggunakan kuasanya di bawah Akta itu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Pengguna perlukan skim insurans motor liabiliti tanpa kesalahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan pada bulan depan sebelum mengemukakan cadangan skim kematian dan kecederaan pihak ketiga.

Pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengemukakan kertas cadangan awal untuk memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL). Terdapat perbincangan intensif dengan semua pihak yang berminat termasuk BNM akan keperluan untuk skim NFL.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt