Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Apakah yang TERDEDAH kepada anda di SALUN DANDANAN RAMBUT

Pendandan rambut dan pengguna terdedah kepada pelbagai bahaya kesihatan dan keselamatan di salun dandanan rambut. Selain bahaya bahan kimia dan fizikal, seseorang itu juga cenderung mengalami masalah pernafasan.

Gejala Buli Di Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kes-kes buli di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan. Fenomena membuli telah sampai ke satu tahap di mana ia kini boleh dianggap sebagai suatu gejala sosial.

Jika kita tidak mencari jalan keluar untuk menangani masalah ini dengan segera, dikhuatiri anak-anak kita akan menjadi masyarakat yang ganas.

Cadangan Rang Undang-Undang Farmasi Tidak Wajar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa dengan keputusan Kementerian Kesihatan untuk tidak mengasingkan tugas memberi dan mempreskripsi ubat. Kementerian Kesihatan ternyata telah tunduk kepada tekanan lobi perubatan yang berpengaruh dengan mengelak daripada membentuk satu sistem yang mengasingkan tugas-tugas mempreskripsi dan memberi ubat. Mengasingkan tugas mempreskripsi dan memberi ubat sudah lumrah di negara maju. Adalah sesuatu yang ironik bahawa negara yang beraspirasi untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2020 mengambil langkah ke belakang dalam amalan penjagaan kesihatan.

Menyembur Tubuh Dengan Pembasmi Kuman Tidak Disarankan Oleh WHO

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut melihat gambar di dalam media cetak yang menunjukkan seorang wanita menyembur cecair pembasmi kuman daripada botol semburan kepada sekumpulan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska). Kami pasti bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ibu bapa bimbang dengan amalan seperti itu.

Sebagai maklum balas segera, kami ingin menggesa semua pusat jagaan kanak-kanak yang memulakan operasi daripada 2 Jun supaya menghentikan segera menyembur kanak-kanak dengan cecair pembasmi kuman memandangkan mata dan selaput lendir kanak-kanak lebih sensitif terhadap kimia yang terdedah kepadanya.

Lindungi Anak Kita Daripada ‘Wabak Tersembunyi’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan pendedahan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan bahawa kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Menurut NHMS, krisis kesihatan mental yang semakin meningkat itu sebagai ‘wabak tersembunyi’.

Kami merasa amat bimbang kerana kanak-kanak yang menderita masalah ini mewakili 9.5 peratus daripada mereka yang berusia antara lima dan 15 tahun, sejumlah besar daripada mereka itu adalah daripada penduduk luar bandar (8.8 peratus) dan isirumah Bawah 40 (B40) (9.2 peratus).

Sisa antibiotik dalam daging

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2017 kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia.

Antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang sebagai mencepatkan pembesarannya, untuk mencegah wabak penyakit dan untuk merawat haiwan yang sakit.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt