Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

KETAMAKAN

Ramai orang begitu TAMAKKAN KUASA, KEKAYAAN dan DOMINASI dengan memikirkan bahawa ia akan mendapat KEBAHAGIAAN, KASIH SAYANG dan rasa DIHARGAI. Itulah ketamakan sebenar mereka, tetapi cinta yang mereka dapat itu PALSU memandangkan sebaik sahaja mereka kehilangan kuasa dan kekayaan atau apabila mereka mati, mereka akan sedih dan kecewa.

 

Mesin 2,871 paun untuk membawa MANUSIA 200 paun

Anda menggunakan mesin 2,871 paun (purata berat kereta) untuk membawa manusia 200 paun. Adakah ia munasabah? Lebih besar kereta, lebih tidak masuk akal.

“Manusia menunggang basikal boleh bergerak 3 atau 4 kali lebih cepat berbanding pejalan kaki, tetapi menggunakan 5 kali lebih kurang tenaga dalam proses itu. Ia membawa 1 gram daripada beratnya daripada 1 km pada jalan yang rata dengan hanya 0.15 kalori. Basikal merupakan penukar tenaga yang sempurna untuk menandingi tenaga metabolik manusia kepada padanan. Dilengkapkan dengan peralatan ini, manusia mendahului kecekapan bukan hanya semua mesin tetapi juga semua haiwan lain.” – Ivan Illich dalam “Energy and Equity”, 1978.

Untuk maklumat lanjut mengenai basikal, dapatkan buku "Basikal Bagus" di sini: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/31

Kenakan cukai ke atas minuman ringan untuk cegah diabetes

CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan cukai ke atas minuman ringan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan bilangan penghidap diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

Haramkan bedak talkum dan produk berasaskan talc – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talc.

Komposisi talc menyerupai asbestos, dan ia terkandung dalam produk seperti bedak bayi, pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran. Namun talc telah dikaitkan dengan kanser ovari dan masalah pernafasan.

Walaupun talc digunakan secara meluas dalam kosmetik di seluruh dunia, tetapi kemungkinan talc bebas asbestos juga bersifat karsinogenik telah mendorong Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kosmetik berasaskan talc.

Merokok dan Vape: Satu perkara yang sangat membahayakan

Baru-baru ini Ahli Parlimen, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggantung sementara pengharaman merokok di tempat makan terbuka pada 1 Januari 2020 “sehingga peraturan yang lebih sempurna dilaksanakan untuk industri vape”.

Gesaannya tidak masuk akal. Pengharaman merokok dan vape di tempat makan termasuk di tempat terbuka tidak terlepas daripada penggubalan peraturan bagi vape.

Bagaimana TIDUR Menjejaskan Kreativiti

Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan di dalam jurnal Sleep, penyelidik British James Horne, melaporkan bahawa tidak tidur semalaman pun boleh menjejaskan daya pemikiran paling kreatif atau pemikiran terpesong, yang membabitkan keadaan spontan, fleksibel dan semula jadi.

Jenis pemikiran sebegini digunakan dalam kegiatan kreatif seperti menulis atau melukis, dan diperlukan untuk bertindak balas secara inovatif dalam kes-kes kecemasan.

Menurut Horne, kemampuan kita untuk membuat pendekatan yang berbeza kepada sesuatu masalah atau menghasilkan idea baru atau luar biasa terjejas akibat tidak cukup tidur walau semalam.

Dipetik daripada buku CAP "Cara TIDUR jejaskan tubuh & minda"

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt