Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Miskin & Gembira Atau Kaya & Mati?

Kisah ini diceritakan oleh Sir John Kotelawala kepada Dr Ariyaratme, pengasas Pergerakan Sarvodaya, dalam “Bhava Thanha: An Autobiography, Vol 1, oleh A. T. Ariyaratme.

“Di sebuah negara terdapat satu pasangan muda yang tinggal di dalam sebuah pondok lumpur  yang dikelilingi oleh hutan. Apabila bangun setiap pagi, mereka akan mencari sesuatu untuk dimakan, membawa bekal untuk makan tengah hari dan memasuki hutan dengan membawa pisau, kapak dan tali sabut. Sepanjang hari mereka menebang pokok. Sebelum kembali ke rumah mereka akan memberi penghormatan kepada Dewa dengan menyalakan lampu minyak tanah. Begitulah dengan kehidupan mereka yang berjalan terus dan mereka semakin berusia hari demi hari. Tetapi kebahagiaan mereka tidak pernah pudar. Mereka hidup secara bebas.

Kerajaan tiada alasan untuk kurangkan cukai tembakau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan agar tidak melayani sebarang saranan untuk mengurangkan cukai tembakau. Pihak berkuasa harus ingat bahawa Malaysia turut terlibat dalam Konvensyen Kerangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC), yang dimeterai pada 2005. Oleh itu Malaysia perlu mematuhi Perkara 6 FTCT WHO yang menghendaki negara-negara terbabit untuk “melaksanakan sistem termudah dan paling cekap yang memenuhi keperluan kesihatan dan fiskal orang awam.”

Hapuskan subsidi gula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menghentikan dengan segera subsidi harga gula.

Gula perlu dijual pada harga pasaran kerana ia bukan keperluan asas dan pengambilannya hanya membahayakan kesihatan seseorang. Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 penyakit daripada kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoporosis dan masalah jantung hinggalah kepada asma dan alergi.

Ringankan segera beban kanak-kanak

Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hamper sedekad mengulangi gesaan supaya pihak berkuasa pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Kelalaian Tugas Suruhanjaya Tenaga

Lima tahun selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan (pada 25 Oktober 2010) kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenai penjualan “bantal pemanas” yang dipanaskan melalui bekalan elektrik, ST mengeluarkan arahan melarang import, pengilangan, penjualan, pengiklanan produk pada 23 Oktober 2015. Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap arahan itu. CAP dapat membeli satu daripada bantal ini pada 26 April 2016.

Hentikan menghambur wang rakyat untuk memuaskan perokok

Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan perokok yang mendesak agar satu ruang disediakan untuk mereka merokok. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada golongan bukan perokok yang sama-sama membayar cukai pendapatan.

Perbelanjaan untuk membina zon merokok adalah bagi kemudahan 22.8 peratus penduduk yang merokok. Sementara golongan yang menyokong hak perokok menggesa agar hak mereka dihormati, mereka cuma berdiam diri mengenai hak bukan perokok yang terpaksa menghidu asap rokok yang beracun.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt