Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Apabila pemilikan menjadi BEBAN

Gambar menunjukkan petikan kata-kata Laurens van der Post yang merupakan penasihat kepada keluarga Diraja British.

Puak Bushmen di Afrika Selatan tidak mempunyai rasa memiliki.

“Untuk melabelkan mereka miskin, tidak tepat sama sekali. Bagi puak Bushmen yang tinggal dalam persekitaran semula jadi mereka, ia tidak merasakan ketinggalan oleh kekurangan kebendaan mereka. Keutamaan mereka amat berbeza.

The Way: An Ecological World-view oleh Edward Goldsmith

Kerajaan tiada alasan untuk kurangkan cukai tembakau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan agar tidak melayani sebarang saranan untuk mengurangkan cukai tembakau. Pihak berkuasa harus ingat bahawa Malaysia turut terlibat dalam Konvensyen Kerangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC), yang dimeterai pada 2005. Oleh itu Malaysia perlu mematuhi Perkara 6 FTCT WHO yang menghendaki negara-negara terbabit untuk “melaksanakan sistem termudah dan paling cekap yang memenuhi keperluan kesihatan dan fiskal orang awam.”

Jauhi minuman ringan pada musim perayaan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna Malaysia supaya menjauhi daripada minuman ringan yang telah terbukti menjadi ancaman kepada kesihatan rakyat negara ini.

Bilangan minuman ringan yang diambil oleh rakyat Malaysia meningkat setiap hari. Minuman ringan mengandungi kira-kira tiga hingga 20 sudu teh gula. Menurut laporan berita baru-baru ini 1,000 minuman bertin diminum setiap minit di Malaysia.

Kenapa kejayaan mendapat 5A tidak patut dirai

Musim pengumuman keputusan peperiksaan pada setiap tahun kini kembali lagi dan seperti biasa negara meraikan pencapaian pelajar-pelajar paling cemerlang tanpa menyedari yang keasyikan rakyat Malaysia dengan “pencapaian cemerlang” dalam peperiksaan sekolah ini tidak memberikan sebarang kelebihan.

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa supaya mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati berbahaya kepada manusia dan hidupan liar selain mencemarkan alam sekitar.

Baru-baru ini seorang lelaki dari Brooklyn, Amerika, menuntut pampasan bernilai $5 juta dalam satu saman terhadap Pepsico, iaitu syarikat pengeluar Quaker Oats. Menurut saman tersebut, dakwaan pihak syarikat bahawa makanan untuk sarapan yang terkenal itu sebagai 100% asli adalah dakwaan yang palsu, bersifat menipu dan mengelirukan kerana syarikat terbabit menggunakan glyphosate ketika memproses oat.

Bahan itu digunakan sebagai racun rumpai dan disembur pada tanaman oat sebagai bahan pengering sebelum dituai, demikian menurut dakwaan lelaki dari Brooklyn itu dalam samannya di mahkamah persekutuan.

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate - CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa agar mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati boleh memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan liar serta menjejaskan alam sekitar.

Glyphosate menjadi ramuan utama di dalam racun penghapus lalang, Roundup,  keluaran syarikat Monsanto. Di Malaysia terdapat lebih daripada 200 produk racun herba yang mengandungi glyphosate.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt